SAYU melihat seorang warga emas berusia 83 tahun terjatuh ke dalam parit ketika hendak menjual sayurnya di pasar, pada awal pagi.
Akibat kejadian itu, semua sayur-sayuran yang hendak dijual lelaki itu basah dan kotor.
Mangsa yang dikenali sebagai Anwar terpaksa membatalkan hasratnya untuk berniaga di pasar.
Nasib malang orang tua itu meraih simpati netizen selepas video insiden tersebut tular di media sosial, pada Sabtu.
Dalam keadaannya yang sangat lemah dan basah kuyup, datuk itu dibantu oleh beberapa penduduk.
Dia kemudian duduk di atas jalan, sambil memandang segala barang jualannya yang terjatuh dikutip penduduk.
Individu yang merakamkan kejadian itu mengakui terkejut dan sedih dengan nasib malang yang menimpa Anwar.
Walaupun usia lanjut, Anwar masih gigih mencari rezeki demi menyara kehidupannya.
Siapa sangka rupa-rupanya warga emas ini tinggal seorang diri di pondoknya yang tidak berlampu.
Demi mencari rezeki, Anwar sanggup bertahan dengan menjual sayur-sayuran di pasar setiap hari.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply