Ibu Kecewa Tengok MV Alif Shukri. Sedih 10 Malam Terakhir Ramadan Dicemari Lelaki Menggeletis.

TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan single raya baharu berjudul Love Raya mengundang rasa kurang senang ibunya iaitu Rozita Ibrahim.

Mengulas mengenai lagu nyanyian anaknya itu, Rozita, 60, meminta Aliff segera memadam video muzik (MV) berkenaan kerana dianggap keterlaluan dan menjijikkan.

“Semua orang tak suka pun tengok, jangan jadi orang yang namanya Islam tapi tidak mencerminkan akhlak Islam, tolong delete video itu.

Untitled design - 2024-04-01T104625.025

Rozita membuat teguran itu di Instagram pada Isnin.

“Mana malu? Mana kamu letak maruah? Jangan malukan mak, hentikan selamanya… jangan ada lagu raya lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Sebelum itu Aliff memuat naik klip MV lagu berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki menari dengan aksi dilihat kurang sopan.

Sementara itu, Rozita mengakui hidupnya tidak tenteram selepas menonton rakaman MV berkenaan.

Katanya lagi, perbuatan Aliff itu seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak sensitif dengan situasi sedang berlaku di Gaza.

Untitled design - 2024-04-01T104719.092

Muzik video Aliff menerima kecaman hebat kerana memaparkan aksi tarian yang keterlaluan.

“Hidup mak dah akhir-akhir ini, sangat tak bahagia begini… kalau ini caranya, didunia lagi mak sakit dengan hinaan orang pada mak.

“10 malam terakhir kejar Lailatul Qadar, tapi kamu lancar muzik video bodoh ini.

“Di Gaza sana huru-hara kemiskinan, kemarau berpanjangan, bala Allah tanpa henti, kamu tak takut?” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*