Azlee Senario Raih Pendapatan Sehingga 15k Sebulan Hasil Live Di Tiktok

PELAWAK Azlee Senario mendedahkan dia pernah memperoleh hadiah sebanyak RM8,900 walaupun baru lima minit bersiaran langsung di TikTok.

Katanya, dalam tempoh sebulan hasil pendapatan daripada platform itu mencecah sehingga RM15,000.

Azlee berkata wang itu adalah hasil sumbangan para peminatnya dalam bentuk ‘coin’ atau ‘gift’.

“Alhamdulillah duit kereta dan rumah saya semuanya rezeki daripada TikTok.

Untitled design - 2024-04-02T164415.651

Azlee memberitahu pernah menerima ‘gift’ mencecah RM8900.

“Pernah sekali saya buat live, tak sampai lima minit saya dapat RM8,900 melalui gift yang diberikan penonton,” katanya kepada mStar.

Azlee berkongsi perkara itu ketika menghadiri sidang media kempen Raikan Yang Dirai oleh Suria FM pada petang Isnin.

Jelas anggota kumpulan Senario itu, dia menyasarkan mendapat RM500 setiap hari setiap kali membuat video siaran langsung bagi membolehkan dia mendapat pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan.

“Saya ada target iaitu setiap hari saya mahu dapat RM500 tetapi kalau dapat lebih dikira bonus.

“Saya ada buat kira-kira, kalau sehari dapat RM500 maka sebulan dah dapat RM6,000. Jadi saya anggap itu pendapatan bulanan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun Azlee menyelar komen mengatkan dia mengharapkan sumbangan orang ramai sebaliknya menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghargaan peminat.

Saya bukan peminta sedekah.

AZLEE SENARIO

PELAWAK/PELAKON

Dia turut mencadangkan kepada golongan artis vateran lain untuk bergiat aktif di TikTok bagi menjana pendapatan.

“Saya bukan peminta sedekah tetapi saya anggap pemberian itu ialah hadiah dari peminat yang ingin berkongsi rezeki.

“Saya ada cadangkan kepada artis-artis vateran untuk jadi TikTok ini sebagai pendapatan sampingan kerana mereka masih ada peminat lagi,” katanya.

Untitled design - 2024-04-02T164356.016

Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar.

Beliau menyeru artis senior yang tidak menerima tawaran kerja supaya memanfaatkan platform TikTok sebaiknya.

 

Sumber: ohmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*