Lepas Geram Guna Kaki! Pemuda Tendang Myvi, Hilang Sabar Pemandu Parking Depan Pagar Rumah.

MASALAH ruang parkir yang terhad adalah isu utama di mana-mana kawasan perumahan khususnya kediaman jenis taman dan bertingkat.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, dia meluahkan rasa geram apabila mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi diletakkan di hadapan pagar rumahnya hingga menghalang kenderaannya untuk masuk.

“Aku panas betullah. Ada musibat, tak tahu siapa, datang parkir kereta depan rumah aku.

“Aku balik, tahu-tahu ada kereta depan rumah aku. Dah la park depan rumah aku, nombor telefon tak tinggal, stereng pun lock,” katanya dalam nada yang geram.

Difahamkan disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik Myvi itu, dia terpaksa memarkir kenderaannya di hujung jalan yang sedikit jauh dari rumahnya.

Owner dia memang s***. Parkir depan rumah orang, lock stereng macam ini rumah bapa dia,” ujarnya lagi sambil beberapa kali menendang kereta tersebut.

Tak ada adab punya orang… siap lock stereng macam rumah acik dia pula.

NETIZEN

Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 582,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa geram dengan tindakan pemilik Myvi malah menyarankan lelaki berkenaan mengambil tindakan tegas untuk ‘mengajar’ individu tersebut.

“Buat report polis bang. Kadang-kadang manusia ni memang suka buat perangai dan cari pasal.

“Buat aduan dengan majlis (perbandaran). Kena angkat towing, itu masalah dia.

king komen

Netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap pemandu kereta Myvi tersebut.

Call towing bang. Kasi cangkuk hantar pergi balai je. Tak ada adab punya orang… siap lock stereng macam rumah acik dia pula.

“Tikam tayar dia empat biji terus. Lampu tebuk masukkan air, ekzos sumbat penggosok periuk,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*