Kejar 10 Ramadan Terakhir, Isteri Pergi Umrah Tanpa Izin … Suami Kecewa, Pulun Doa Bini Tak Selamat Dunia Akhirat

DEMI menjaga keharmonian rumah tangga, setiap isteri perlulah mendapatkan keizinan suami sebelum melakukan apa-apa perkara.

Terbaharu, tular kisah seorang isteri yang mengerjakan umrah meskipun dia tidak mendapat keizinan suaminya.

Tangkap layar mesej suaminya yang dihantar kepada seorang individu menceritakan tentang isterinya itu tular menerusi TikTok sehingga meraih perhatian netizen.

umrah2

Rumah tangga pastinya lebih harmoni jika suami isteri saling toleransi. -Gambar hiasan

“Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah pagi esok. Ini kerana tiada perbincangan dan tidak minta izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah.

“Sungguh sakit hati bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ini saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia akhirat.

“Saya tidak maafkan dia dan saya tidak reda dia dunia dan akhirat,” tulis lelaki itu.

Sahabat semua doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini.

SUAMI

Dalam mesej sama, lelaki itu turut memaklumkan hubungan rumah tangganya retak gara-gara kebiadaban isterinya.

Malah, dia juga telah keluar dari kediaman mentuanya dan kembali ke negeri asal gara-gara masalah yang berlaku antara mereka.

“Sahabat semua doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini. Disebabkan mulut dia hina ibu bapa, adik-beradik saya…

“Saya buat keputusan untuk keluar rumah mentua dan balik negeri asal saya. Saya serik sungguh berkahwin dengan orang bermasalah,” ujar lelaki itu lagi.

Perkongsian tangkap layar mesej lelaki itu menerima lebih 20,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani komen netizen.

“Umrah bukan ibadah wajib. Taat pada suami hukumnya wajib. Fikir-fikirlah sendiri.

“Bila ambil keputusan nak berkahwin, perempuan memang kena dengar cakap suami. Kecuali suami suruh buat maksiat, tu tak boleh taat,” tulis netizen.

umrah3

Suami perlu sabar melayan kerenah isteri dan bertindak sewajarnya jika timbul masalah -Gambar hiasan

Namun, ada juga netizen yang menyalahkan lelaki itu dan enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui cerita kedua-dua belah pihak.

“Tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Kita, lelaki, sebagai ketua keluarga, kita kena reflect kat diri kita sendiri apa yang kita telah buat menyebabkan perkara tersebut berlaku. Mungkin itu salah kita?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*