Janda 3 anak putih mata simpanan lesap! Terpedaya mas kahwin hampir RM1 juta, rupanya daun kering

NASIB malang menimpa seorang janda apabila diperdaya oleh seorang lelaki warga emas yang konon mahu menikahinya dengan mas kahwin berjumlah 3 bilion Rupiah (RM899,644).

Suspek berusia 70 tahun itu didakwa menyimpan wang tersebut di dalam beg pakaian, namun ia sebenarnya dipenuhi dengan daun-daun kering.

Kejadian berlaku di Kampung Ragi di Palibelo, Bima di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Suspek juga menipu mangsa berusia 38 tahun itu, kononnya berupaya ‘menggandakan’ wangnya.

Mangsa yang merupakan ibu kepada tiga anak itu terpedaya dengan janjinya kerana mahu melunaskan hutangnya bernilai kira-kira 100 juta Rupiah (RM29,804).

Dalam satu pertemuan, suspek menyimpan wang di dalam beg, tetapi mengenakan syarat ia tidak boleh dibuka selagi tiada arahan untuk melakukannya.

Namun mangsa dikatakan melanggar perintah tersebut dan tiada wang seperti yang dijanjikan.

Terpedaya dengan janji tersebut, mangsa mengalami kerugian sebanyak 7 juta Rupiah (RM2,087) selepas menyerahkan wang itu kepada suspek.

Susulan itu, suspek kemudian ditahan polis dan kes dalam siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku dia melamar mangsa dari Bima dan menjanjikan 3 bilion Rupiah (RM899,644).

Suspek ditahan dan didakwa kerana melakukan penipuan.

Menurut mangsa, dia mahu hukuman setimpal terhadap suspek kerana keluarganya terpaksa menanggung malu ditipu. –Tribun Sumsel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*