Bagai Hidup Dalam Neraka, Kak KM Bertahan Sebab Anak Bongsu- “Ada Sebab Allah Bagi Cinta Carissa”

SUDAH mula bosan dengan rutin hariannya, usahawan sensasi Kak KM memberitahu dia sudah penat menguruskan hal rumah tangga seorang diri.

Kak KM atau Liana Rosli berkata, keadaan rumahnya sudah berbeza memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa dan mula sibuk dengan urusan sendiri.

“Aku penat dan bosan sebab rutin aku sama saja, aku pula tak suka rutin!

“Macam kehidupan sekarang ini sudah terasa bahang benci itu sebab semuanya sudah ikut masa. Sampai aku bosan dengan perkara itu.

kak kmm

Kak KM luah rasa kecewa mengenai keadaan rumahnya.

“Sebenarnya tak bagus kalau kita buat semua seorang diri tapi bagus untuk semua orang dalam rumah sebab semuanya sudah tersedia,” kongsinya.

Kak KM berkongsi perkara itu menerusi Intsastory miliknya.

Berkongsi lebih lanjut, Kak KM juga memberitahu keadaan rumahnya juga tidak terurus memandangkan dia menguruskan seorang sendiri.

Jelasnya, selama ini dia hanya bertahan di dalam rumah berkenaan kerana ingin menguruskan anak bongsunya iaitu Cinta Carissa.

“Anak aku semua sudah besar-besar tinggal Cinta sahaja yang kecil.

“Dalam rumah ini tiada tolak ansur, tolong menolong… Gotong royong apatah lagi. Semua macam neraka… bersepah!

“Tak nak tolong, nampak sampah tutup mata!,” luahnya.

Dalam pada itu, Kak KM memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat ingin keluar daripada rumah berkenaan.

342583611_968533344506508_8733559204027729336_n

Kak KM terus bertahan demi anak bongsunya.

Namun hasrat tersebut tertangguh disebabkan membesarkan anak bongsunya itu.

“Tapi inilah salah satu sebab kenapa Allah bagi aku Cinta Carissa, kalau ikutkan hati… aku bla daripada kehidupan sekarang ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*