IMAM adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin sembahyang lima waktu selain menjadi orang penting sama ada menguruskan orang hidup hingga mereka yang sudah meninggal dunia.
Individu yang memegang jawatan ini kebiasaannya adalah mereka yang tebal ilmu di dada dan disegani masyarakat.
Bagaimanapun baru-baru ini tular di laman X tentang pendedahan daripada seorang bekas imam sebuah masjid di Negeri Sembilan mengenai realiti pahit yang harus dihadapi dalam bidang ini khususnya membabitkan hal gaji.

Setiap Muslim dialu-alukan kedatangannya ke masjid. -Gambar hiasan
Menurutnya ringkas, imam merupakan ‘orang kuat’ dalam segenap aktiviti masjid tetapi tidak diberikan bayaran yang setimpal untuk menyara hidup secara bermaruah.
“Apa-apa hal di masjid, orang akan cari imam dulu. Nak buat bacaan Yasin atau majlis tahlil, imam yang akan dipanggil. Ada ahli kariah meninggal, imam yang akan dicari. Ada orang susah perlukan bantuan, khidmat imam yang akan ditagih.
“Imam akan sedaya upaya usaha penuhi keperluan kariah tapi siapa pula yang nak penuhi keperluan imam? Kali terakhir elaun saya dikemaskini, masih tiga angka sahaja, tak cecah pun RM1,000.
“Saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai,” luah lelaki tersebut melalui satu hantaran di laman Facebook pada hujung tahun lalu.
Tiga bulan selepas menceritakan realiti sebenar cabaran kerjaya mulia itu, imam berkenaan akhirnya terpaksa menanggung akibat apabila kontraknya ditamatkan.
Menerusi perkongsian terbaharu di Facebook imam itu memaklumkan kontraknya tamat pada 1 April lalu ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
“Sejak saya menceritakan hakikat sebenar kehidupan seorang imam beberapa bulan lalu, saya dapat merasakan layanan yang berbeza terhadap diri saya.
“Saya mencurahkan segala usaha dan kudrat sepanjang lima tahun berkhidmat di masjid ini. Terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan.
Bapa saya dulu pun hanya dibayar RM850 padahal dia yang imamkan solat fardu lima waktu dan uruskan segala hal kariah.
WARGA MAYA
“Sebenarnya banyak perkara yang saya tak mampu lakukan dalam tempoh saya berkhidmat sebagai imam kerana kekangan kuasa yang di luar kawalan saya,” ujar ahli agama itu menyatakan rasa terkilan.
Perkongsian itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warga maya kerana terkejut dengan apa yang dilalui imam berkenaan.
Namun segelintir netizen yang seakan faham dengan situasi itu cuba memberi pencerahan.
“Ini adalah keadaan kebanyakan imam hari ini, antara sebabnya bersangkut dengan pemerolehan tauliah daripada jabatan agama Islam negeri. Mereka yang tiada tauliah elaun akan jauh ketinggalan.
“Lagi satu adalah politik masjid yang kejam, terutamanya kalau sesebuah masjid tu diketuai mereka yang bergolongan ‘veteran’. Dana masjid mungkin banyak tapi hanya sikit yang disalurkan ke imam, fikir saham akhirat katanya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.
“Sanggup berhabis sampai RM4,000 untuk panggil imam jemputan pimpin solat tarawih. Tapi imam ahli kariah sendiri satu sen pun tak dibayar. Kesian, macam mana imam nak bagi makan anak dan isteri?
“Hancurnya sesebuah institusi masjid kerana orang-orang di dalamnya. Bapa saya dulu pun hanya dibayar RM850 padahal dia yang imamkan solat fardu lima waktu dan uruskan segala hal kariah,” kata warga maya.
Dalam pada itu seorang warga maya yang pernah menceburi aliran agama berkata kerana isu sedemikian, ramai lepasan maahad tahfiz yang tidak berminat untuk menjadi imam masjid.
“Keluaran maahad daripada batch aku hanya ada dua orang je yang jadi imam. Sebab elaun tak berbaloi, tak nampak masa depan. Belajar tinggi-tinggi hanya untuk dilayan sebegini teruk.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply