Bapa Terkejut Anak Dapat Duit Raya Rm3, Lelaki Beri ‘Nasihat’ Ini Bukan Zaman 90-an.

Apabila tibanya perayaan Hari Raya Aidilfitri, perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh anak saudara adalah duit raya daripada mereka yang lebih tua dan sudah bekerja.

Pemberian duit raya adalah satu bentuk perkongsian rezeki bersama orang lain, dan merupakan satu adat apabila tibanya perayaan ini.

Terkilan hanya dapat RM3

Baru-baru ini, seorang lelaki ada meluahkan rasa kecewa apabila anaknya hanya mendapat duit raya bernilai RM3 ketika menziarahi rumah saudara. Untuk rekod, luahan ini dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas lelaki ini, dia sekeluarga menziarahi rumah saudara-mara untuk beraya bersama. Apabila mahu pulang, dia mendapati saudara-mara di situ memberi duit raya kepada anaknya.

Namun, dia berasa terkilan apabila mendapati duit raya tersebut hanya bernilai RM3. Terang lelaki ini, ini bukanlah zaman 90-an untuk diberi nilai seperti itu.

Beri nasihat jangan kedekut

Sebagai perbandingan, lelaki ini berkongsi cerita anaknya pernah mendapat duit raya bernilai RM5 dan RM10 untuk seorang apabila beraya di rumah rakannya yang terletak di Pulau Pinang.

Di akhir perkongsian, lelaki ini menasihati orang ramai agar jangan bersikap kedekut bersama kanak-kanak.

“Jangan la kedekut sangat kita ni… ngan bebudak pon nak berkira ke?, tanya lelaki ini.

Duit raya itu sedekah

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut.

Menurut seorang warganet, duit raya itu adalah satu bentuk sedekah dan pemberi ada hak berapa nilai yang mahu diberi kepada orang lain.

“Dia tak tahu ke duit raya tu kira sedekah and people ada hak untuk bagi berapa dia nak. Mana boleh demand berapa you nak as duit raya. Nasib tuan badan tu bagi daripada tak bagi langsung”, komen seorang warganet.

 

Kredit: Lobak Merah, SalemTheCats

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*