18 Jam Redah Jem, Sampai Kl Baru Sedar Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu.

Sudah menjadi kebiasaan di musim perayaan, jalan raya utama di Malaysia akan menjadi sesak ekoran pertambahan kenderaan atas jalan raya baik daripada kelompok masyarakat Melayu atau sebaliknya. Maka setiap pemandu haruslah bersedia dengan risiko kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama dari kebiasaan.

Tular mengenai sebuah video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang jauh termenung, sekali gus mendapat perhatian pengguna media sosial setelah mengetahui mengapakah lelaki itu berbuat demikian.

Pengguna TikTok @ceokuterer memuat naik sebuah video memaparkan reaksinya yang baru tersedar bahawa kunci rumahnya tertinggal jauh di Terengganu, setelah kepenatan memandu pulang ke Kuala Lumpur sewaktu musim Aidilfitri ini.

Kunci rumah tertinggal di Terengganu

@ceokuterer

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06


Kepenatan memandu yang masih lagi dirasai seakan bertambah-tambah setelah dia mengetahui berita yang cukup menyakitkan jiwa itu.

Menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang 18 jam dari negeri Pantai Timur berkenaan, jelas menunjukkan betapa penat fikirannya mengenangkan insiden tertinggal kunci di kediaman kampung halaman.

Video kunci rumah tertinggal dapat pelbagai respon!

Sejak dikongsikan semalam, video miliknya sudah meraih lebih 770,000 jumlah tontonan. Selain merasa terhibur, ramai juga netizen yang mengimbau kenangan sewaktu mengalami kejadian sama.

Tertutup suis peti ais sebelum balik kampung

Kunci rumah tertinggal

Terbawa balik kunci rumah yang salah

Kunci rumah tertinggal

Terbawa balik kunci homestay

Kunci rumah tertinggal

Tidak ketinggalan, ada yang memberikan idea-idea ‘bernas’ untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dah tak jem, boleh patah balik

Kunci rumah tertinggal

Minta orang pos pakai bas

Kunci rumah tertinggal

Beli rumah baru

Kunci rumah tertinggal

Walau bagaimanapun, pemilik akaun TikTok berkenaan tidak memberitahu bagaimana dia akan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Dalam pada itu, dia menyambut baik komen-komen yang ditulis netizen dengan lawak lawak jenaka ditinggalkan pada ruangan komen video berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*