4 Beranak Miskin Naik Motor Balik Kampung, Adik-adik Lain Semua Kerja Bagus… Bagi Duit Raya Rm2, Semua Tak Terima.

Umum mengetahui apabila tibanya musim raya, pasti ramai di kalangan kita tidak mahu melepaskan peluang balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.

4 beranak naik motor pulang ke kampung

Namun sedikit berbeza dengan sebuah keluarga ini, apabila sanggup menaiki motosikal bersama anak-anak kecil mungkin ingin pulang dari kampung.

Kesesakan di lebuh raya sempena sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan

Seperti wanita ini, suaminya yang mencari rezeki sebagai penghantar alat gantian merupakan anak sulung daripada lima beradik dan kesemuanya adalah lelaki.

“Suami aku je yang tak ada kerja bagus. Adik-beradik suami semua berkerjaya. Mereka polis, doktor, pegawai bank dan pensyarah.

“Ibu mentua aku pun seorang pesara doktor, manakala bapa mentua adalah pesara tentera,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dia dan suami juga belum dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta yang boleh digunakan bagi kegunaan harian.

“Ada pun kereta Waja lama yang selalu rosak. Itu pun tersadai sekarang ni, dah lama tak pakai.

“Kami balik kampung naik motor je dengan anak-anak. Kami naik motor berempat.

“Tahu bahaya, tapi nak buat macam mana. Tak mampu naik kereta, hanya ada motor je yang elok,” ujarnya.

Suri rumah itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaannya setiap kali balik beraya di rumah ibu mentua kerana keluarga suaminya hidup senang.

Keadaan itu membuatkan dirinya berasa terlalu merendah diri mengenangkan adik beradik suaminya semua jenis senang, kereta besar-besar.

“Walaupun mereka dilihat macam okay je, tapi aku tahu belakang-belakang mereka ada yang mengata kononnya kami jenis tak ada majukan diri. Ada lah biras yang sampaikan,” tambahnya.

Walaupun tidak hidup senang, keluarga ini tetap memberikan duit raya kepada keluarga. -Gambar hiasan

Apa yang paling mengguris hati apabila dalam kalangan keluarga turut memperlekehkan usahanya bersama suami menyambut Aidilfitri di kampung.

“Raya ni, aku bagilah duit raya dekat anak-anak buah. Tapi tak banyak, RM2 je. Mereka macam tak nak ambil. Adik ipar aku cakap tak apalah kak, kak simpan duit kak.

“Duduk rumah mentua banyak bilik… bilik yang kami duduk ada aircond. Tapi mak mentua ambil remote (alat kawalan jauh), aku okay je,” katanya.

Kasihannya, kalau saya pun terasa hati dan mesti menangis kena layan macam tu.

NETIZEN

Namun jauh di sudut hati, dia mengakui tidak mahu menipu diri sendiri kerana terasa hati dan terhina dengan apa yang dikatakan oleh keluarga mentua.

“Setiap kali balik rumah mak mentua, mesti perasaan rendah diri sangat. Rasa malu sangat, terasa hati. Tapi bila lama tak balik, mama mesti WhatsApp tanya kenapa tak balik.

“Tadi anak sepupu cakaplah, Mak Long nak duit raya. Lepas tu biras aku cakap, salah orang tu dik nak minta duit raya. Bila makan ramai-ramai, kami jadi segan sangat, makan sikit je sebab malu.

“Aku terasa tau. Miskin sangat ke aku ni? Aku ingat aku je rasa macam tu. Rupanya suami aku pun terasa. Patutlah suami macam malu nak balik walaupun rumah mak sendiri,” katanya.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

Luahan wanita itu mengundang simpati netizen yang menyifatkan pasangan berkenaan tidak seharusnya dilayan sebegitu teruk oleh keluarga sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*