Hanya Izinkan Isteri Balik Kampung Sekali Dalam Setahun, ‘Suami Terkedu’ Lepas Isteri Minta Cerai

Ada isteri yang meluahkan rasa sedih kerana saban tahun terpaksa beraya di rumah mentua, langsung tidak pulang ke kampung halaman sendiri gara-gara tidak mendapat keizinan suami.

Inilah situasi yang dihadapi pasangan ini sehingga si suami mendedahkan rumah tangganya hampir berantakan hanya kerana isu balik kampung.

Dalam perkongsiannya, individu tersebut berkata kisah berkenaan berlaku ketika dia dan isteri berada di fasa awal perkahwinan tidak lama dahulu.

Hari raya adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul bersama sanak saudara. -Gambar hiasan

“Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung? Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.

“Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung. Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja.

“Itu pun hari raya saja. Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia daripada family. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah,” kongsinya.

Ujar lelaki tersebut, dia terkesima apabila isterinya menyuarakan hasrat untuk berpisah disebabkan tidak dapat menerima ‘peraturan’ balik kampung yang ditetapkannya.

“Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya.

“Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya.

“Lagi saya tersentap bila wife cakap, ‘bayangkan Soon Cong (anak) ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia.

“‘Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?’” kongsinya mengimbas kembali kisah berkenaan.

Ibu dan ayahlah tempat kami para isteri nak recharge. Setiap kali balik, mesti masakkan dan bagi makanan bawa balik.

NETIZEN

Tersedar daripada kesilapan, lelaki itu berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan isterinya pulang ke kampung lebih kerap kerana menyedari bahawa hubungan kekeluargaan amat penting bagi sesetengah orang termasuk pasangannya.

“Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.

“Malah ibu dan ayah mentua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan.

“Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin. Perbezaan budaya pun ya juga.

“Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jammed. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jammed! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung,” katanya sambil menambah, apa yang berlaku benar-benar memberi pengajaran bermakna untuknya.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan meraih sehingga 1.3 juta jumlah tontonan di TikTok.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh dengan kisahnya malah ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*