Seorang lelaki meluahkan rasa sebak apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan berpeluh akibat kepanasan kerana penghawa dingin kereta rosak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan di laman TikToknya, dia mengusap peluh isteri dan secara tidak langsung membuatkan wanita itu terjaga daripada tidur.
Dalam video tersebut, dia berasa kasihan melihat kesusahan yang dialami isterinya yang tidak kisah menahan panas demi insan tersayang.
maafkan saya sayang
Wanita dipuji sanggup tahan panas
Bagaimanapun, isterinya percaya bahawa suatu hari nanti urusannya bersama suami dipermudahkan Allah dan tetap berada di sisi syurganya walau apa pun berlaku.
“Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak mengapa saya doakan suatu hari nanti Allah bagi kita senang balik, insya-Allah..doa baik-baik okay, saya sentiasa ada untuk awak,” ujar wanita tersebut.
Wanita dipuji sanggup tahan panas
Untung abang dapat isteri memahami
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan wanita terbabit dan lelaki tersebut sepatutnya beruntung memiliki isteri yang sanggup susah senang bersama-sama.
Sumber: OMM, TikTok @afaqmomox2
Leave a Reply