Guru Lelaki Pukul Seorang Guru Wanita Di Kantin Sekolah

KEMAMAN – Polis sedang mengesan seorang guru lelaki yang didakwa memukul seorang guru wanita di kantin sebuah sekolah di daerah ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 49 tahun itu dikatakan memukul mangsa berusia 32 tahun kira-kira jam 6.55 pagi tadi.

“Mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris mendakwa telah ditumbuk pada bahagian mata dan disepak oleh suspek.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada mata sebelah kiri,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Video:

@sinarharianonline

Mata cikgu wanita lebam ditumbuk guru lelaki #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Wanita #Guru #Tumbuk #Polis #Terengganu

♬ Earned It (Fifty Shades Of Grey) – A Tribute to The Weeknd – Saxtribution


Hanyan memberitahu, setakat ini punca kejadian ini masih dalam siasatan.

“Kita percaya terdapat perkara berbangkit antara kedua belah pihak menyebabkan berlakunya insiden tersebut.

“Kes ini masih dalam tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*