Lelaki Kecewa Jiran Rancak Buat Open House Tapi Tak Jemput. Sampai Keluar Masuk Rumah Nak Jenguk!

TIDAK lengkap rasanya apabila sambutan Aidilfitri, tiada rumah terbuka. Selagi belum habis Syawal acara berkenaan tetap diadakan dan kadang kala berlanjutan sehingga bulan Zulkaedah.

Bukan satu kewajipan agama, sebaliknya lebih kepada adat dan budaya masyarakat setempat bagi mengeratkan silaturahim. Golongan hawa pastinya paling sibuk ‘berperang’ menyediakan juadah, sama ada masak sendiri atau memastikan katering sampai pada masa.

Namun, konteks rumah terbuka kadang kala tidak seperti dahulu termasuk mendahulukan orang luar berbanding jiran sendiri, masa ditetapkan terlalu singkat atau hadir terlalu…

Namun, melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang individu menzahirkan rasa terkilan apabila dia melihat kawasan kejiranannya meriah dengan rumah terbuka tetapi dirinya tidak dijemput.

Menurutnya, pada hari tersebut dia sengaja lalu-lalang beberapa kali di hadapan rumah jiran berkenaan dengan harapan akan dijemput, tetapi akhirnya hampa.

“Tempat aku ni jiran kiri dan kanan semua buat open house tapi satu pun aku tak dijemput. Dah 10 kali aku keluar masuk rumah, ingat mungkin ada yang sudi nak pelawa aku ikut serta rumah terbuka mereka.

“Tapi tak juga berhasil. Apa lagi eh yang aku boleh buat?” kata individu itu mati akal.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya berasa hairan mengapa individu itu seperti kempunan untuk menikmati hidangan di rumah jiran.

“Kenapa awak ni? Open house jiran tu ada buat kambing golek dengan lamb shank ke sampai awak mengidam sangat nak pergi melantak? Isu remeh pun boleh bertelagah.

Saya kalau tak jemput jiran ketika open house, saya akan bungkuskan makanan siap-siap untuk hantar dekat jiran.WARGA MAYA

“Kalau setakat lemang, ketupat dan rendang tu aku rasa benda biasa je, hampir setiap rumah jamu benda sama, tak ada benda pun yang kita ketinggalan.

“Aku sebenarnya lagi bersyukur kalau orang tak jemput aku pergi open house, aku ni dah cukup sibuk dengan banyak hal. Bila orang panggil kita pergi open house ni, ia ibarat satu tuntutan, rasa serba salah kalau tak pergi,” kata beberapa pelayar.

Dalam pada itu, warga maya lain pula berpendapat tidak wajar untuk tuan rumah menganjurkan rumah terbuka tanpa menjemput jiran sekeliling.

Sebahagian komen warga maya.

“Perkara ini termasuk dalam budi bicara apabila kita hidup berjiran. Cuba bayangkan kita sebagai jiran, nampak rumah sebelah berderet kereta parking tapi kita tak dijemput pun ke open house mereka.

“Lagi-lagi kalau mereka buat open house jenis outdoor, habis semerbak bau makanan masuk ke dalam rumah kita. Memang sepatutnya kita buat tak tahu je tapi jauh di sudut hati, mesti akan terasa sikit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*