“Dah berapa tahun tak selenggara?” – Netizen Terkejut Tengok Rupa Dalam Tangki Air

Air adalah keperluan asas bagi setiap orang untuk kegunaan harian seperti minum, mandi, mencuci dan sebagainya.

Pengumpulan bendasing atau keladak bertahun-tahun ini mengakibatkan air yang sudah dirawat menjadi air yang kotor dan hitam. Malah, jika dibiarkan terus air tersebut akan dijangkiti bakteria dan kuman.

Tapi, kita juga diingatkan untuk memastikan kebersihan sumber air yang digunakan kerana air yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan.

Mungkin perkongsian video ini akan membuatkan korang lebih berwaspada untuk menggunakan sumber air yang keluar dari pili air atau sinki rumah korang.

“Luar nampak cantik, dalam…”

Menerusi perkongsian daripada @sevenstar_water_tank di TikTok, memaparkan keadaan dalam sebuah tangki air yang mereka sedang selenggara.

Dapat dilihat luaran tangki itu kelihatan cantik, bersih dan seperti baharu namun apabila masuk ke dalam bahagian dalam tangki tersebut, memang tak terjangkau dek akal!

Bahagian dinding dalam tangki tersebut penuh berkarat yang sudah menebal. Air di dalam tangki pula berwarna ‘teh tarik’ dan berlumpur.

@sevenstar_water_tank Pressed Steel Tank Refurbishment Works #sevenstarwatertanksolution #PerkhidmatanTangkiAir #SevenstarWaterTank #watertankservicemalaysia ♬ original sound – SinarSuria


Menurut Sevenstar Water Tank Solution, tangki air ini sudah lebih 25 tahun tidak diselenggara iaitu sejak ia mula dipasang. Katanya, tangki simpanan ini terletak di Ampang.

Difahamkan, tangki simpanan air jenis ini biasanya digunakan untuk perumahan bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mengatakan pentingnya tangki air dipantau dan dicuci secara berkala.

Melihat rupa air dalam tangki simpanan ini, netizen mendakwa ini punca kenapa perlunya memasang penapis air di rumah masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*