Suami Mewahkan Anak Buah, Duit Raya Rm50! Zuriat Sendiri Salam Tiada ‘Isi’, ‘Sudah Bagi Belanja Sekolah’

BIARPUN sudah hampir dua minggu sambutan Aidilfitri, kemeriahannya masih dirasai dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Bagaimanapun bagi seorang wanita, saban tahun sambutan hari raya dia dan anak-anak terasa ‘kosong’ tanpa sesi pemberian duit raya.

Ujar wanita itu, sepanjang tujuh tahun perkahwinan dia tidak pernah menerima duit raya daripada suami setiap kali tiba 1 Syawal.

“Anak-anak pun sama tak pernah dapat. Bukan duit yang aku harapkan, tapi ketidakadilan dia pada kami.

“Tahun ini dia bagi duit raya untuk anak-anak buah dia RM50 seorang. Anak-anak buah dia bukan sikit, ramai… lebih daripada 10 orang.

“Untuk mak dia pula sebelum raya dia dah bagi, lepas raya pun dia bagi lagi. Dia bagi tu depan-depan aku,” katanya.

Pemberian duit raya menjadi tradisi ketika sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan

Menerusi satu luahan di grup Facebook, wanita berkenaan bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak sedikit pun berasa cemburu dengan apa yang berlaku.

“Aku okay saja sambil senyum. Tapi selepas tu dia hulur kat aku senyap-senyap RM100, berbunganya hati aku,” ujarnya.

Pada awalnya dia menyangkakan ia merupakan pemberian duit raya daripada suaminya, namun apa yang diberitahu kemudian sememangnya tidak dijangka.

“Ingatkan dapat duit raya tahun ni, rupanya dia suruh aku hulur kat mak dia. Konon-konon aku bagi duit raya pada mentua.

“Apa eh perasaan dia masa tu? Dia tak fikir ke aku sebagai isteri terasa atau sebagainya?” katanya.

Walaupun bergelar suri rumah, wanita itu sebelum ini turut memberikan duit raya kepada ibu mentua, hasil titik peluhnya sendiri menjalankan bisnes dalam talian secara kecil-kecilan.

“Setiap tahun memang aku akan bagi duit raya pada ibu mentua. Cuma tahun ni aku tak dapat bagi guna duit aku sendiri sebab jualan merosot.

“Tak apalah, memang bukan rezeki aku. Syukurlah apa adanya. Tapi aling aku terkilan anak-anak buah dapat duit raya, anak sendiri tak dapat daripada bapanya.

“Aku dah suruh anak aku minta, dia cakap dah bagi duit belanja sekolah. Sudah beli itu, sudah belikan ini. Jadi tak payah duit raya… tepuk dahi aku,” luahnya dengan nada kesal.

Luahan wanita itu mengundang simpati dalam kalangan netizen, namun pada masa sama antara mereka menyifatkan nafkah dan tanggungjawab kepada keluarga adalah lebih penting berbanding pemberian duit raya.

“Terpaling pemurah dengan keluarganya. Dengan anak bini berkira-kira.

“Jarang-jarang bagi mak dan anak buah dia kan. Untuk anak isteri dah hari-hari wajib dia keluarkan duit. Bersangka baik je sis. Kalau tak bagi, awak pun segan. Mengalah je lah. Rezeki sis dengan anak-anak ada nanti orang bagi.

Terpaling pemurah dengan keluarganya. Dengan anak bini berkira-kira.

NETIZEN

“Duit raya tak penting yang penting nafkah isteri, anak-anak lebih utama. Pastikan tiap-tiap bulan cukup makan pakai, nanti sibuk nak bagi duit raya, nafkah culas.

“Anak-anak kalau nak merasa duit raya, puan boleh simpan sikit-sikit, apabila tiba hari raya baru bagi. Biarlah anak-anak merasa suasana raya nak dapat walaupun ayahnya tak bagi,” demikian antara komen netizen.

Wanita terkilan dengan sikap suami ketika sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintir netizen faham apa yang hendak disampaikan si isteri menerusi luahan kekecewaannya, termasuk mempersoalkan kewajaran suami berkenaan memberikan duit raya dengan jumlah yang agak banyak.

“Bagi aku kalau suami jenis duit cukup-cukup, tak bagi pun kita faham. Janji makan pakai cukup. Tapi kalau anak buah kau boleh bagi seorang RM50, takkan anak bini pun kau tak bagi?

“Nak nampak mewah depan anak buah dan ipar duai lah tu. Jangan lepas raya makan mi segera sudahlah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*