KATA orang fasa bertunang sesuatu yang mendebarkan kerana penuh dugaan. Barangkali ada benarnya kerana ada pasangan yang kecundang dengan ujian mendatang dan akhirnya memutuskan pertunangan.
Bagaimanapun, situasi sebaliknya dilalui seorang gadis terkunci dalam bilik di hari pertunangan apabila pintu tiba-tiba tidak dapat dibuka.
Perkongsian tersebut telah dimuat naik satu akaun TikTok milik pengguna dikenali sebagai @ngionggggg dan mendapat tontonan lebih dari satu juta viewers dalam masa dua hari.
Gadis terkunci dalam bilik, majlis tunang dah mula
Dapat dilihat orang ramai yang ada di kediaman terbabit sedang mencuba membuka pintu berkenaan memandangkan tetamu semua sudah datang bertujuan untuk menyarung cincin.
Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, gadis dikenali sebagai Noor Asikin Mad Tarmizi, 28 memaklumkan kejadian berkenaan berlaku pada 20 April lalu sewaktu ibu kepada bakal tunang datang untuk menyarung cincin tanda kepadanya.
Abang tolong bukakan pintu gadis terkunci dalam bilik
Dia yang berada di dalam bilik bersama anak saudara tidak menyangka terkunci dari dalam sehingga diberitahu oleh ahli keluarga yang menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya.
Disebabkan hampir 20 minit terkunci, abangnya telah membantu dengan mencuba membuka pintu berkenaan sebelum berjaya kira-kira setengah jam.
“Waktu itu memang berdebar kerana tunggu nak disarung cincin tapi tak sangka pula akhirnya perasaan itu bertukar jadi panik apabila pintu tak dapat dibuka
“Mereka yang diluar ingat saya kunci pintu sampai hantar mesej dan telefon untuk minta buka sedangkan saya pun terkunci malah tak boleh buka daripada dalam.
“Daripada berdebar, perasaan saya terus bertukar jadi panik dan puas abang saya cuba buka pintu daripada luar.
“Lega saya kerana dia berjaya walaupun hampir setengah jam juga mencuba dan ikutkan pintu bilik itu tidak pernah buat hal namun entah kenapa jadi begitu tempoh hari,” katanya ketika dihubungi sumber.
Bersyukur majlis berjalan lancar, tergelak kenang momen itu
Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana majlis pertunangannya berjalan dengan lancar dan kini sudah bergelar tunangan orang dimana merancang untuk naik pelamin pada tahun hadapan.
Ujarnya lagi, mereka sekeluarga telah menonton semula rakaman tersebut pada malam hari dan masing-masing tergelak mengenangkan kejadian mencemaskan itu.
Saya kemudian muat naik di TikTok sebagai kenangan dan tak sangka boleh tular hingga video dirakam rakan itu meraih lebih 900,000 tontonan.
“Ada baca juga komen dan ramai cakap apa yang berlaku dugaan pertunangan saya dan ada juga kata ujian saya awal walaupun baru nak bertunang.
“Tapi saya tak fikir negatif pun malah anggap ia detik indah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Sumber: TikTok @ngionggggg , Harian Metro (Redzuan Muharam)
Leave a Reply