“Terima Kasih Orang Baik”. Dua Beradik Teruja Pemuda Tunai Hasrat Naik Lambogini “Si Abang Hidap Leukemia”

Semalam, tular satu hantaran di Facebook Orang Wangsa Maju mengenai seorang wanita yang meminta tolong orang ramai mencari pemilik kereta Lamborghini berwarna kuning yang berada di sekitar jalan Taman Melati, Kuala Lumpur.

Anak minat, teringin naik Lamborghini

Menurut wanita itu, anaknya yang berusia 8 tahun amat memintati dan mahu menaiki kereta itu.

“Sampai ke hari ini anak saya (umur 8 tahun) nak naik kereta ni.. jenuh la saya nak mencari owner kereta ni.. Ada siapa kenal ke? Dapat bergambar tepi kereta pun jadilah lepaskan hajat dia..”tulisnya pada hantaran tular tersebut.

Pemilik tunaikan permintaan dua beradik

Hasrat keluarga itu akhirnya tercapai apabila pemilik kereta tersebut berjaya dikesan apabila kawan kepada pemilik kenderaan tersebut terbaca hantaran berkenaan di Facebook.

Kawan kepada pemilik kenderaan tersebut juga telah memuat naik sebuah video dan menceritakan bagaimana dia membantu keluarga tersebut bertemu dengan pemilik.

Maklumnya, dia ada terbaca hantaran tular dan seakan mengenali pemilik kereta Lamborghini berkenaan dan memetik akaun kawannya.

“.. dan ya, memang dialah orangnya. Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikan impian budak ni.“Deme (mereka) datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik. Ayahnya outstation. Si adik inilah yang berhajat besar nak tengok dekat-dekat kereta ni tapi abangnya pun sama teruja,”kongsinya.

Salah seorang rupanya hidap Leukemia

Lebih meruntun jiwa pemilik kereta tersebut apabila salah seorang daripada mereka menghidap Leukemia dan sedang menerima rawatan.

“Si abang menghidap Leukemia dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pun kongsi minat yang sama.“Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit. Terkesan kot dia sambil dia usap rambut si abang,”kongsinya lagi.

Bawa makan, ronda naik Lamborghini

Mereka kemudiannya di bawa ronda di kawasan sekitar dengan menaiki kereta tersebut selepas selepas belanja makan.

Selepas mereka makan bersama-sama, pemilik kereta itu membawa dua beradik itu meronda di kawasan sekitar.

“Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dua beradik ni naik kereta ronda-ronda sambil buat onar belanja bunyi. Balik dari ronda-ronda tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited.“Lepas tu dua beradik tu bergambar puas-puas dengan kereta tu kat situ. Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ni satu lagi happy ending sebab impian budak-budak tu tercapai,”tulis kawan kepada pemilik kenderaan tersebut pada satu hantaran.

Terima kasih orang baik..

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan mereka meninggalkan ucapan terima kasih atas jasa  serta kebaikan yang dilakukan oleh individu terbabit bagi menunaikan permintaan dua beradik itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :  OMM, TikTok @mikaelhidayat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*