“Kembar terpisah ke ni?” – Netizen Teruja Tengok Pelancong China Mirip UAI Bercuti Di Terengganu

Biasa kita tengok ada beberapa orang yang memiliki wajah seiras ataupun pelanduk dua serupa walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

Kalau tak sama secara keseluruhan, mesti ada beberapa anggota wajah yang mungkin menyebabkan mereka nampak serupa.

Ada ‘pelanduk’ macam UAI dekat Terengganu?

Video tular memaparkan raut wajah seorang pelancong di Pulau Redang yang dikatakan mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat perhatian warganet dan meraih 1.5 juta tontonan.

Sehingga Sabtu, hantaran dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama shamsulzahari90 di platform media sosial TikTok itu mendapat 5,192 perkongsian, 1,604 komen dan 99,600 tanda suka.

Video berdurasi 33 saat dengan keterangan ‘nampak sama tapi bukan dia’ itu dikongsikan di kebanyakan media sosial termasuk Facebook.

Ia menunjukkan pelancong dikatakan berasal dari China itu sedang bercuti bersama keluarganya dan selesai mengikuti aktiviti menyelam yang terkenal di kawasan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju malah ada yang mendakwa bukan setakat raut wajah lelaki itu mirip UAI malah cara berjalan juga dikatakan ada persamaan.

Kalau korang tengok betul-betul, bahagian mata, hidung, bentuk muka serta jambang memang mirip dengan Ustaz Azhar Idrus. Bukan itu sahaja, lelaki warga China berkenaan turut memakai kopiah membuatkan dirinya tampil seperti penceramah terkenal itu.

Video:

@shamsulzahari90 Nampak je sama tapi bukan dia uai versi china #redangisland️ ♬ Nas Teshbehlena – Maher Zain

Sumber: |Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*