Faisal Halim Disimbah Asid

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara sebentar tadi.

Dalam gambar yang tular di media sosial, pemain sayap kebangsaan itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian itu.

Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Selangor FC ketika dihubungi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.

Gambar keadaan Faisal yang tular.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.

“No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku.” katanya


Ini menjadi kes kedua membabitkan pemain bola sepak selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun pada Khamis lalu di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*