Tunggu Lama Nak Toleh Depan! Video Pemuda Melamar Gadis Kelantan Bikin Cemas, Ramai Nak Tahu Kesudahan

TANYALAH kepada mana-mana lelaki pun, pastinya jantung akan rasa berdebar apabila mahu melamar si dia untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Perkara sama juga pasti dirasai seorang jejaka yang melakukan kejutan ketika melamar kekasihnya ketika mereka sedang menunggu makanan dihidangkan di sebuah restoran.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah si gadis yang secara kebetulan sedang memandang ke arah lain mengambil masa terlalu lama untuk memalingkan semula wajahnya ke arah depan di mana sebentuk cincin menantinya sebagai kejutan.

“Nak tunggu dia pusing tu,” demikian menurut kapsyen video di TikTok yang hingga kini meraih hampir sejuta tontonan.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda bernama Ahmad Affan Aizad Azman itu berkata, rakaman yang baru dimuat naik itu sebenarnya dibuat ketika dia melamar kekasihnya di sebuah kafe di Kangar, Perlis, pada bulan lalu (April).

Mengimbas kembali ketika waktu berbuka puasa itu, dia yang mesra disapa Affan memberitahu reaksi kekasihnya dikenali sebagai Fatin tidak dirancang.

“Saya suruh dia pandang tepi macam tu je. Kenapa entah dia pandang lama betul kat luar tu. Tapi sunset memang lawa masa tu, selain kedai-kedai yang ada banyak dekorasi.

“Gementar sebab pertama kali buat kejutan macam tu untuk girlfriend saya. Dalam hati tu memang minta dia pandang depan cepat, kalau lama nanti panjang sangat durasi video,” katanya ketika dihubungi mStar.

Affan menyifatkan kekasihnya yang merupakan anak kelahiran Kelantan begitu unik dan istimewa.

Affan yang berusia 24 tahun itu berkata, dia dan kekasihnya merupakan rakan sekelas yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Filem) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Mengenali sejak 2022, dia mengakui gadis kelahiran Kelantan itu berbeza dengan kebanyakan perempuan yang dikenalinya dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Mak ayah pesan nak bercinta boleh, tapi jaga apa yang patut dijaga.

AHMAD AFFAN AIZAD AZMAN

MAHASISWA UUM

“Dia ni perangai gila-gila dan unik. Perwatakannya kasar, bagi saya dia gadis yang rare.

“Alhamdulillah, dia kata yes (terima lamaran). Kami pernah sembang tentang nak kahwin sebelum ini. Itu yang saya yakin nak beli cincin,” ujar anak kelahiran Kedah itu.

Affan mahu menyimpan wang dan menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Mengenai cincin tanda itu, perhiasan emas tersebut dibeli Affan menggunakan wang sendiri hasil bekerja bagi mencari pendapatan sampingan ketika belajar.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu lagi, dia melakukan empat kerja iaitu menawarkan servis sebagai jurugambar, juruvideo, pemandu kenderaan seperti e-hailing pelajar UUM di kawasan sekitar serta menjadi fasilitator untuk program pelajar sekolah.

“Mak ayah mahu kami habiskan belajar dahulu. Mereka pesan nak bercinta boleh, tapi jaga apa yang patut dijaga. Jangan lupa matlamat sebab target saya nak ada PhD (doktor falsafah), jangan sebab bercinta sampai lupa misi utama,” jelasnya lagi.

Menjadi jurugambar dan fasilitator program merupakan antara empat kerja yang dilakukan Affan sebagai pendapatan sampingan.

Gemar melakukan aktiviti mendaki (hiking), Affan mengharapkan doa orang ramai agar rezekinya dimurahkan dan dipermudah urusan untuk mencapai sasarannya.

“Saya buat banyak kerja sambil belajar sekarang. Saya juga dalam perancangan untuk buat satu lagi bisnes dengan jual barang seperti jaket windbreaker dan seluar kargo.

“Kami nak simpan duit sama-sama untuk kahwin. InsyaAllah rancang untuk bertunang pada 2026.

“Cincin tu untuk simpanan masa depan sebenarnya. Jadi, saya buat keputusan untuk simpan emas sebagai cara terbaik simpan duit,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*