Bagi sesetengah individu, niat mahu mendapatkan sijil cuti sakit (MC) juga mungkin dianggap perkara biasa.
Namun bagi seorang pesakit ini, kedatangannya ke sebuah klinik ternyata mengejutkan seorang doktor.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Samhan yang juga seorang personaliti media sosial berkata, pesakit itu bertugas di bahagian admin yang membuat kerja-kerja perakaunan.

“Doktor, saya nak MC dua hari. Terkejut saya, dia masuk-masuk dah minta MC. Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap.
“Apabila saya tanya… sakit apa ya puan? Saya penat doktor, dah bekerja lima tahun, tetapi saya seorang sahaja staf di situ,” ujar Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali momen tersebut.
Bukan setakat itu, pesakit berkenaan mengeluh yang dia juga melakukan banyak lagi tugas lain termasuk menjadi pembantu peribadi.
Meneruskan cerita, Dr Samhan memberitahu pesakit wanita itu dikerahkan bekerja sampai tahap mengalami muntah setiap pagi dan mula hilang selera makan.
Malah, pesakit yang juga ibu tunggal kepada dua anak itu pernah pitam di tempat kerja, namun tidak disedari sesiapapun.
“Lepas saya tersedar, saya cuba untuk minta (cuti) separuh hari, tapi tak dilayan. Jadi, saya terpaksa sambung kerja,” luah pesakit itu kepada Dr Samhan sambil menitiskan air matanya.
Kita semua cari rezeki. Tapi, berilah hak kepada tubuh badan untuk berehat.
DR AHMAD SAMHAN AWANG
PENGAMAL PERUBATAN
Bertanya lanjut, kata Dr Samhan pesakit itu bagaimanapun tidak lagi muntah-muntah seperti sebelum ini, tetapi badannya lesu dan tidak boleh lena pada waktu malam.
“Sebenarnya apa yang puan perlukan adalah rehat yang cukup sebab ini bukan isu fizikal sahaja penat, tetapi mental juga terkesan. Saya jelaskan.
“Tanya diri sendiri, adakah puan nak berada di tempat yang sama lima, 10 tahun akan datang? Tolong pertimbang untuk bertukar tempat kerja untuk kebaikan puan,” tambah Dr Samhan.

Dr Samhan berkongsi pengalaman merawat pesakit.
“Sebenarnya bukan sekali dua ada isu seperti ini yang datang ke klinik saya. Nasihat saya, sebagai majikan kita perlu peka dengan kesihatan mental pekerja kita.
“Manakala untuk pekerja, jangan mengelak daripada komunikasi terbuka dengan majikan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply