
Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila satu jenama minyak wangi menjadikan seorang wanita sebagai ‘umpan’ bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum lelaki menggunakan produk wangian yang dikeluarkan mereka.
Iklan minyak wangi mengundang kecaman
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi melihat reaksi mereka sama ada menyedari bau wangian yang dipakainya.
Haram memakai minyak wangi untuk menarik perhatian
Gara-gara itu, netizen tampil menegur jenama minyak wangi itu untuk memberhentikan gaya promosi seperti demikian kerana ia turut dijelaskan dalam sebuah hadis.
Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi? Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda..
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya (HR Nasa’i).
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh individu tersebut.
Pakai kenyataan guna minyak wangi untuk pikat suami, tapi iklan guna dekat lelaki ajnabi dekat tempat awam. Iklan macam ni hanya mendatangkan kesan buruk kepada wanita.
Definisi sanggup buat apa sahaja asalkan tular di media sosial.
Perbuatan Itu Dikira Sebagai Zina Mata
Menurut sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ”
Maksudnya: “Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian, kemudian berjalan melalui sekumpulan kaum lelaki dengan tujuan agar mereka mencium bau harum yang dipakainya, maka perempuan tersebut adalah seorang penzina.”
Jelas Ustaz Jafri memetik ulama Imam al-Munawi, para wanita yang memakai minyak wangi dengan bau kuat kemudian berjalan melalui kaum Adam, ia dikira sebagai perbuatan zina jika itu adalah tujuan asalnya.
Jelas Ustaz Jafri memetik ulama Imam al-Munawi, para wanita yang memakai minyak wangi dengan bau kuat kemudian berjalan melalui kaum Adam, ia dikira sebagai perbuatan zina jika itu adalah tujuan asalnya.

Pun begitu, ini tidak bermaksud para wanita tidak boleh memakai minyak wangi secara langsung. Anda dibenarkan untuk memakainya dan ia juga boleh mendorong kepada ganjaran pahala sekiranya wanita memakai minyak wangi untuk si suami.
“إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ”
Maksudnya: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.”
Dalam konteks ini, setiap usahawan dinasihatkan untuk berhati-hati dalam mempromosikan sesuatu produk, jangan pula sampai ia melanggar syariat Islam.
Sumber: TRP
Leave a Reply