“Suami Adalah Pinjaman, Kalau Tak Diambil Tuhan, Diambil Orang”

Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkata dia enggan masuk campur mengenai hal rumah tangga selebriti lain yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi temu bual bersama program hiburan, Janna mengakui suami adalah pinjaman dari Tuhan dan kini sedang menikmati fasa bahagia bersama suaminya, Dini Shcatzmann.

“Saya akui suami ini adalah pinjaman Tuhan yang mana kalau tak diambil Tuhan, diambil orang.”

“Tapi kita tak nak kata-kata ini satu hari akan berbalik pada diri kita balik. Sebab kata-kata ini adalah satu doa. Tak nak menyindir, tak nak cakap benda yang negatif,” katanya.

Sebelum ini tular video ketika Janna mengacarakan program Melodi dimana dia memberi amaran kepada wanita di luar sana supaya tidak mengganggu suaminya. Kata Janna lagi, tidak teragak-agak masuk penjara demi mempertahankan rumah tangganya.

SUMBER: Harian Metro

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*