Tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berpisah dengan suami gara-gara orang ketiga. Dalam perkongsian itu, wanita dikenali sebagai Syidah Tat mendedahkan dia sanggup menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan untuk ikhtiar zuriat.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @syidahtat telah memuat naik beberapa foto menceritakan perjalanan hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membuat pembedahan itu.
Wanita buat bariatrik ikhtiar zuriat
Kongsi Syidah, sebelum pembedahan bariatrik berat badannya mencecah sehingga 152kg. Walaupun takut jarum, dia nekad demi ikhtiar zuriat yang sudah lama dinantikan.
Setahun juga Syidah mengambil masa untuk memujuk suaminya. Malah, suami pernah bergurau mahu mencari wanita lain jika Syidah kurus. Tetapi ternyata gurauan itu menjadi kenyataan.
Menurut Syidah, dia telah disahkan ada masalah obstructive sleep apnea (OSA) dan polycystic ovary syndrome (PCOS) yang menyebabkan sukar untuk hamil.
Dia berusaha untuk mengurangkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik tetapi siapa sangka suami tiba-tiba berpaling tadah.
Lima bulan selepas pembedahan, boleh nampak penurunan berat badan Syidah yang sangat ketara. Namun, dia tiba-tiba menerima mesej daripada seorang wanita yang berhasrat mahu jadi isteri kedua.
Syidah minta untuk dilepaskan tetapi suami enggan menyebabkan Syidah jatuh talak 3 kerana melanggar taklik.
Dia juga disahkan hamil namun gugur tidak lama selepas itu. Walaupun kandungan tidak menjadi, Syidah bersyukur kerana Allah SWT memberinya peluang untuk merasai ‘garis dua’ bukti bahawa dia sebenarnya boleh mengandung.
Kredit: TikTok @syidahtat
Sumber: Oh Media
Leave a Reply