Mak Ayah Menangis Dalam Kereta Lepas Lepas Intai Anak Habis SPM Buat Kerja Sambilan, “Betapa Susahnya Orang Lelaki Cari Rezeki”

Benar kata orang, hanya pendidikan sahaja mampu mengubah nasib hidup kita dari susah kepada senang.

Namun usaha seorang pelajar lepasan SPM mencari duit poket sendiri mengundang rasa sedih dan simpati ibu bapanya sendiri.

Dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini, bapa kepada remaja lelaki berkenaan membawa isterinya ke sebuah pusat beli belah untuk melihat anak mereka bekerja di sebuah kafe.

Bagaimanapun mereka hanya dilihat mengintai dari jauh remaja lelaki itu tekun melakukan tugasnya.

Bapa kepada pelajar itu membawa isterinya melihatnya bekerja di sebuah pusat beli belah.

“Sengaja abah bawa mama pergi intai tengah kerja.

“Biar mama tahu betapa susahnya orang lelaki cari rezeki sementara tunggu keputusan SPM,” kata si bapa pada video yang dikongsikan semula pengguna lain di laman X.

Menerusi video yang sama, pasangan ini turut merakamkan suasana sebak ketika mereka menjamu selera di dalam kereta, dipercayai selepas selesai melihat si anak gigih bekerja.

Hantaran yang dikongsikan tersebut bagaimanapun tidak disenangi sesetengah pihak dengan ada yang beranggapan ia hanyalah demi content (kandungan) media sosial semata-mata,

“Itu la (sebab) ramai budak-budak sekarang lembik. Sedih tak bertempat.

“Elok anak tu nak berdikari, jadi bijak… nak diviralkan pula raih simpati konon kasihan.

Mungkin mak dia bangga dan terharu tengok anaknya sudah membesar dan berdikari.

NETIZEN

“Ini yang dikatakan struggle? Ada orang lagi susah daripada ini,” kata pemilik akaun X yang berkongsi semula video tersebut.

Namun tak kurang juga ramai yang melihat perkongsian berkenaan daripada sudut positif.

Rata-ratanya memahami tindakan ibu bapa berkenaan yang begitu menyayangi dan bangga melihat anak mereka membesar.

Komen netizen pada video dikongsikan di X.

“Tak ada masalah pun. Mungkin mak dia bangga dan terharu tengok anaknya sudah membesar dan berdikari. Hati mak-mak kan cepat tersentuh. Kecil (nilai) untuk orang lain, tapi besar untuk mak dia.

“Saya faham perasaan mak dia. Dia macam anak aku yang aku jaga dulu dah pandai berdikari. Benda kecil tapi bagi dia bukan sedih tapi lebih kepada terharu,” komen netizen di X.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*