“Macam Dah Takde Manusia Gamaknya..”- Usahawan Berhabis Belasan Ribu Ringgit Sambut Hari Lahir Kucing Di Butik Mewah Ditegur Peminat

Kalau sebelum ini Haliza berbelanja sebanyak RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak sulungnya, kali ini dia tidak lokek menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menyambut ulang tahun kucing peliharaannya yang diberi nama Money.

Baju kucing bertatah kristal Swarovski

Bagi ulang tahun Money yang ke-7, Haliza telah menempah pakaian kucingnya daripada pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim. Baju kucing itu dilihat cantik bertatahkan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung tersebut.

Usahawan sambut hari lahir kucing, bagi hadiah istimewa

Ujar usahawan itu lagi, suaminya telah menempah hadiah khas yang cukup istimewa kepada Money dan akan dibuka sewaktu mereka berada di Paris nanti.

Dalam video yang dikongsikan, dapat didengar yang usahawan terbabit berbincang mengenai harga hadiah untuk kucingnya yang bernilai mencecah belasan ribu ringgit.

Tempah hadiah dari Paris, sambut di butik mewah

Haliza dan suami turut menempah beberapa hadiah custom made untuk Money seperti seutas beg Louis Vuitton berharga belasan ribu ringgit yang ditempah khas dari Paris. Selain itu, mereka turut memberikan Money seutas kolar kulit yang mempunyai huruf ‘M’ merujuk kepada nama Money.

@halizamaysuri Pertama kali dalam sejarah @louisvuitton Malaysia Menjemput dan meraikan hari jadi Pets di butik mewahnya Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk mall, sbb Money memang sudah kami anggap anak bungsu kami #lv #louisvuitton ♬ original sound – Haliza Maysuri

Usahawan sambut hari lahir kucing, ada yang nak jadi kucing pula

Patut murah rezeki, tak lokek santuni kucing

 

Sumber: TikTok Haliza Maysuri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*