“Syurga Buatmu Dik..”- Wanita Kongsi Rutin Jaga Ibu Ayah Sakit Terima Pujian Ramai

IBU-BAPA merupakan individu yang telah banyak berkorban untuk kehidupan kita. Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dihadiahkan segunung emas permata, ia tetap tidak akan dapat menyamai kasih sayang mereka terhadap kita.

Allah telah mewasiatkan kepada hambaNya untuk berbuat baik kepada ibu bapa masing-masing.

Bapa ibu pergi pemeriksaan

Menerusi muat naik Aisyah Ishak, dia telah berkongsi cara-cara mengangkat ibunya yang terbaring di katil sebelum dipindahkan ke kerusi roda untuk dibawa menaiki kereta menuju ke pusat perubatan bagi tujuan pemeriksaan.

Wanita kongsi video jaga ibu, ayah juga berkerusi roda

Menurut Aisyah, ibunya mengalami minor stroke dan memang memerlukan bantuan untuk bergerak terutamanya jika sudah berada di katil.

Dalam perkongsian video yang lain, dapat dilihat bapanya juga menggunakan kerusi roda kerana mengalami masalah saraf.

Wanita kongsi video jaga ibu & ayah dapat perhatian ramai

Video-video yang dikongsikan wanita itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata terharu dengan pengorbanan seorang anak menjaga ibu bapa yang sedang sakit.

@aisyahishak5 Replying to @fakrulalimin1 ♬ original sound – SYOKNYA!


Mereka juga memuji usaha Aisyah dengan mencari alternatif untuk mengangkat ibunya yang terlantar sakit serta mendoakan agar dia dipermudahkan urusan serta memasuki syurga tanpa hisab kerana berbakti kepada orang tua.

Wanita kongsi video jaga ibu & ayah dapat perhatian ramai

Video-video yang dikongsikan wanita itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata terharu dengan pengorbanan seorang anak menjaga ibu bapa yang sedang sakit.

Semoga Allah angkat darjat awak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*