Hadiah ‘Anniversary’ Terindah, Pejuang Dua Garis Teruja, Hamil Selepas 16 Tahun Menanti Zuriat

Setiap perkahwinan sudah pasti mengimpikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap istana yang dibina namun sudah tertulis rezeki, ajal, maut dan jodoh pertemuan semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa.

Ada pasangan yang menunggu cahaya mata sehingga belasan mahupun puluhan tahun, malah ada yang berusaha dengan 1,001 cara untuk mendapatkannya.

Setelah sekian lama berdepan ujian dan dugaan, seorang wanita yang dikenali sebagai Haznie Rozleen meluahkan rasa syukur apabila hamil selepas 16 tahun berkahwin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Haznie di laman TikToknya, dia tidak pernah menyangka hamil anak pertama secara semula jadi memandangkan sudah lama menanti kehadiran malaikat kecil dalam rahimnya.

Hamil selepas 16 tahun berkahwin

Bukan itu sahaja, Haznie berkata dia alami perubahan luar biasa terhadap badannya yang memberi tanda bahawa dirinya sedang hamil.

Bagi memastikan perkara tersebut, dia telah membuat Pregnancy Test sebanyak dua kali dan tidak menyangka usia kandungannya sudah masuk minggu ke enam.

“Memori yang tak dapat dilupakan.. Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan kami rezeki teragung. Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui.

“Apabila Allah kata Ya! Maka wujudla DIA.. Allah turunkan kami dengan rezeki natural pregnancy, syukur Kami kepadaMu. Betapa besar dan cantik segala percaturanMu,” katanya.

Dalam pada itu, Haznie berharap anak dalam kandungannya dapat membesar dengan sihat dan tidak sabar untuk bergelar sebagai seorang ibu kepada anaknya kelak.

Hamil selepas 16 tahun berkahwin

“Betapa besarnya hadiah mu untuk kami ditahun ini..

“Ku panjatkan doa lagi dan lagi padaMu agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yang mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehingga lah dia lahir kedunia ini melihat ibu ayah dan keluarganya.. Aminnnn YRA,” ujarnya lagi.

Tahniah sis!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita turut bergembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat Haznie yang sudah lama menanti zuriat pertama selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*