Disindir Kawan Gara-gara Tak Beli Kereta, Wanita Ini Ada Prinsip Sendiri… “Selesa Naik E-hailing”

Pada masa kini, memiliki kereta sudah dianggap sebagai satu “keperluan asas” setiap keluarga dari seorang tukang kebun dan pembantu pejabat hinggalah kepada seorang peniaga yang berjaya.

Perkembangan bilangan kenderaan amatlah pesat sehingga pada masa ini hampir setiap keluarga yang sederhana memiliki keretanya sendiri.

Memiliki kenderaan dapat memudahkan pergerakan dan melancarkan urusan seharian.

Namun melalui satu ciapan di laman X, seorang wanita berbeza perspektif apabila dia berpandangan aset kenderaan tidak wajar menjadi satu keutamaan.

Perkhidmatan e-hailing yang menurutnya lebih jimat dalam jangka masa panjang.

“Ada sesetengah yang cakap dekat aku, kalau naik e-hailing setiap hari, lebih baik bayar bulanan kereta sendiri. Bagi aku itu salah, sebab pada pendapat peribadi aku, apabila naik e-hailing ni kita boleh bertenang.

“Tak perlu pening drive, ketika jadi penumpang tu aku boleh tidur atau selesaikan perkara mustahak. Tak perlu fikir tentang minyak kereta, servis atau lain-lain perkara. Nampak tak faedahnya?

“Aku pula bukan sejenis yang selalu travel jauh, ibu bapa duduk dekat bandar dan tak perlu pulang ke kampung. Kerja pun banyak work from home. Jarang keluar melainkan apabila perlu je.

“Masih single dan tak ada perancangan lagi untuk berkahwin, sebab itulah aku rasa tak berbaloi memiliki kereta sendiri,” jelasnya mempertahankan pendirian.

Selain itu, wanita tersebut turut mengakui ada segelintir kenalan yang memandang serong atas keputusannya itu.

Tak perlu fikir pinjaman, petrol dan penyelenggaraan kereta.

“Aku berikan penjelasan ni sebab ada pihak yang duduk sindir aku tak mempunyai kereta. Kepada tuan empunya badan, cuma tengok semula diri awak tu, kereta pun mak ayah bagi pinjam, lagi nak pandang aku atas bawah.

“Tak perlu nak persoalkan aku punya prinsip, aku hanya akan memiliki kereta apabila syarikat bagi misalnya, itupun aku tak mahu pandu sendiri, aku akan minta staf.

“Masa sangat berharga dan aku pula seorang yang berkerjaya, bagi aku pandu kereta sendiri ni sangat merugikan waktu dengan nak hadap kesesakan trafik lagi.

“Kesimpulannya, guna e-hailing ni ibarat kita bayar pemandu peribadi tanpa perlu fikir kos penyelenggaraan kereta sendiri,” katanya menutup bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya turut menyokong perkara yang dihujahkan wanita berkenaan.

“Bagus sis ada common sense, saya pernah jumpa seorang kawan ni, dia duduk menumpang je sebab dia tak ada kereta. Saya tak ada masalah pun, tapi cuba la hulur duit sikit kadang-kadang tu.

“Saya juga amalkan perkara sama, saya asingkan RM500 awal bulan untuk e-hailing, tak perlu fikir pinjaman, petrol, penyelenggaraan kereta dan sebagainya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*