ORGANISASI pekerjaan tidak dapat lari daripada kaki bodek, kaki kipas atau kaki ampu.
Golongan seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian seperti kenaikan pangkat meskipun perlu mensabotaj rakan sekerja yang lain.
Namun apa yang menghairankan adalah, mereka ini sering menjadi kesayangan bos atau majikan.
Situasi itu turut berlaku kepada seorang guru wanita yang mendakwa dia menjadi mangsa ‘cakap belakang’ seorang ustazah di sekolahnya.
Memanglah saya manjakan, dah saya guru kelas mereka.
“Saya jaga kelas tingkatan tiga. Saya selalu bagi award dekat kelas untuk sesiapa yang kehadirannya bagus setiap tiga bulan.
“Tapi tak tahu pula itu dikira rasuah? Saya tahu pun daripada pengetua. Dia kata ada ustazah cakap saya bagi rasuah dekat pelajar kelas saya untuk datang sekolah setiap hari.
“Pengetua beritahu saya selepas habis mesyuarat. Saya terkejut, ustazah tu elok je dengan saya tapi dekat belakang dia cakap saya bagi rasuah,” ujar pengadu.
“Saya dah hampir dua tahun kot kerja situ dan baru tahu bagi award penghargaan dianggap sebagai rasuah. Salah ke saya bagi?
“Ada beberapa pelajar saya susah ya nak didik daripada kerap ponteng sehingga datang ke sekolah setiap hari. Saya rasa itu dapat naikkan peratus kehadiran sekolah.
“Pengetua pun bagi kebenaran saya buat award macam tu. Ia untuk suka-suka saja, asalkan pelajar saya gembira nak datang sekolah,” luahnya lagi.
Guru senior juga turut memandang rendah usahanya itu.
Kadang-kadang ada juga kena perli dengan cikgu senior, sebab katanya saya terlalu manjakan pelajar.
“Memanglah saya manjakan, dah saya guru kelas mereka. Apa-apa hal berkaitan kelas saya yang uruskan, bukan mereka,” ujarnya menerusi hantaran di laman X.
Di ruangan komen, netizen berharap apa yang berlaku tidak melunturkan semangat guru itu memandangkan inisiatif berkenaan bagus untuk pelajar-pelajarnya.
Terpaling ustazah. Tak tahu beza rasuah dengan hadiah.
“Ustazah sekolah awak ni yang terpaling ustazah. Tak tahu beza rasuah dengan hadiah.
“Secara peribadi, saya juga pernah berdepan ustazah yang cakap buruk.
“Cakap kat ustazah tu, next time kalau dapat bonus jangan ambil tau.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply