“Kesian Pakwe Takda Duit,” Gadis Sanggup Berikan Semua Duit ‘Cash’ Dalam Dompet Kekasih

Seorang wanita yang dikenali sebagai Bella jadi perhatian ramai apabila dia sanggup memberikan kesemua wang tunainya kepada teman lelaki.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella di laman TikToknya, dia bertindak sedemikian kerana berasa kasihan selepas melihat sejumlah wang yang terdapat dalam dompet teman lelakinya.

Wanita sanggup berikan semua ‘cash’

“Kesian boyfriend, kita bantu,” ujarnya ringkas beserta emoji hati.

Susulan itu, dia telah mengambil kesemua wang tunainya RM10 dan RM50 dan meletakkan wang tersebut ke dalam dompet teman lelakinya.

Wanita sanggup berikan semua ‘cash’

Content je ni

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya dengan tindakan Bella kerana menganggap wanita tersebut hanya membuat ‘content’ semata-mata.

Wujud lagi perempuan macam ni

Sementara itu, netizen terutamanya golongan lelaki meluahkan rasa kagum dan berpendapat sukar untuk menemui wanita yang pemurah serta tidak berkira seperti Bella.

 

Sumber: TikTok @Belleamin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*