Isteri Hamil Teruk Dimarahi Suami, Beli Ayam Tempura Rm20 Ketika Tengah Sesak Duit..”Kita Orang Miskin,,,”

RASA bersalah kerana mengguris hati isteri hanya disebabkan wang RM20 dalam kejadian 13 tahun lalu masih menghantuinya sehingga kini.

Kisah yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya itu diceritakan semula oleh Mohd Firdaus Jailan menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Menurut Firdaus, dia pada ketika itu diuji dengan masalah kewangan yang dianggap luar biasa sehingga isteri dan anaknya terpaksa menanggung akibat.

“Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap. Salah saya… sebab saya berhenti kerja (sebab) nak berniaga. Bila berniaga, ‘tak jadi’ waktu itu maka anak dan isterilah menjadi mangsa (keadaan).

Golongan isteri sudah terbiasa dengan tugasan membeli barang rumah. -Gambar hiasan

“Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk pulang ke kampung bersama ibu dan bapanya di Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak kedua.

“Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air pula waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

“Isteri saya dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian,” katanya.

Kisah duit RM20 yang diceritakan itu bermula sewaktu isterinya meminta wang belanja untuk membeli makanan di sebuah bandar yang tidak dinyatakan lokasi.

Firdaus hanya mampu memberikan sejumlah RM60 untuk dibelanjakan oleh isterinya memandangkan dia hanya memiliki RM80 sahaja ketika itu.

Kata Firdaus, jelas kedengaran suara gembira isterinya menerima duit belanja berkenaan memandangkan mereka anak beranak sudah hampir terputus bekalan makanan selama enam hari.

Bagaimanapun, Firdaus menganggap salah satu pembelian isterinya iaitu ayam goreng tempura jenama Ayamas adalah pembaziran di saat dia mengalami masalah kewangan.

“Selepas pulang, isteri hubungi saya semula dan ceritakan pengalamannya di pasar. Dia cerita beli sedikit itu dan ini jadi RM60 itu dihabiskan. Saya curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.

“Bila saya tanya barulah dia cerita beli Ayamas drummet yang sebungkus hampir RM20. Terus saya marah isteri kerana saya rasa membazir. RM20 boleh beli dua ekor ayam dan boleh dimakan lebih satu minggu berbanding drummet itu. Dia minta maaf. Dia kata teringin sangat nak makan.

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

MOHD FIRDAUS

“Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku. Dia mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih marah. Marah kerana sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada dia dan rasa saya suami tidak berguna,” katanya lagi.

Gara-gara terlalu marah dengan pembelian tersebut, Firdaus terus mematikan panggilan tanpa memujuk si isteri yang mengandung.

Namun, pada malam kejadian itu, Firdaus tidak mampu melelapkan mata memikirkan tindakannya memarahi isteri.

Firdaus begitu kesal lalu memujuk isterinya semula menerusi satu panggilan telefon yang dibuat.

Writeup on new entertainment centre - 11 outlets under one roof.

Ayam goreng tempura boleh didapati dengan harga sekitar RM20 di pasar raya. -Gambar hiasan

“Kami berdua menangis bersama di dalam (panggilan) telefon. Ya Allah… sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

“Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersabar dengan kerenah suaminya.

“Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan anda dapat keluar secepat mungkin daripada keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*