Pemuda Termenung Jauh…Rela Jual Motor ‘Ysuku’ Kesayangan Demi Cukupkan Kos Pembedahan Ibu,

PENGORBANAN seorang anak demi melihat ibunya yang sakit sembuh seperti sedia kala meraih perhatian ramai.

Naazrie Ali atau Naaz, sanggup ‘melepaskan’ motosikal jenama Yamaha Y15 miliknya yang baru dibeli pada tahun lalu untuk menampung kos rawatan ibunya.

Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, ibunya memerlukan RM15,000 untuk melakukan pembedahan membuang benjolan lemak yang tumbuh dalam kulit atau dikenali sebagai lipoma.

Naaz menjual motosikal Yamaha Y15 miliknya untuk menampung kos rawatan ibu.

“Saya merupakan seorang runner yang bekerja hantar barang. Tapi saya terpaksa jual motosikal kesayangan yang saya guna untuk kerja ni demi cukupkan kos pembedahan ibu.

“Buat masa sekarang duit yang terkumpul ada sekitar RM6,000. Jadi ini saja jalan yang saya nampak boleh dapatkan duit segera,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, rakaman video menunjukkan Naaz sedang duduk sambil merenung motosikalnya sebelum dijual meraih perhatian netizen selepas dikongsikan di TikTok.

Rata-rata netizen bersimpati malah berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepadanya selepas melihat video tersebut.

Tambah Naaz, pada Isnin dia akan membawa ibunya ke hospital untuk membuat pemeriksaan MRI (magnetic resonance imaging) dan seterusnya mendapatkan tarikh pembedahan.

Bagaimanapun, Naaz dengan rasa rendah diri menolak sumbangan atau derma daripada orang ramai kerana mempunyai alasannya sendiri.

“Saya memang tak buka atau minta sumbangan daripada sesiapa. Bagi saya masih ramai lagi orang di luar sana lebih layak dan sepatutnya terima bantuan.

Saya memang tak buka atau minta sumbangan daripada sesiapa.

NAAZRIE ALI

“Saya anggap semua ini ujian untuk saya. Saya masih boleh lagi usahakan sendiri. Saya baru saja nak menggunakan akaun TikTok sepenuhnya.

“Saya bercadang nak jana pendapatan menggunakan akaun TikTok. Semoga ramai yang akan support perniagaan saya,” jelasnya yang berasal dari Sabah.

Dalam pada itu Naaz turut mengakui keadaan kewangannya tidak begitu stabil pada masa ini.

Bapanya merupakan seorang buruh binaan yang mempunyai pendapatan tidak tetap.

Hantaran tular dikongsikan Naaz di TikTok.

Menurut anak keempat daripada tujuh adik beradik itu, motosikal tersebut bakal dijual kepada rakannya pada harga RM4,000.

“Motosikal tu sudah ada orang nak beli iaitu kawan saya sendiri. Jadi saya akan jual dekat dia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*