Semua orang yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan rumahtangga yang bahagia. Bila sebut tentang kebahagiaan ni, mestilah kita perlukan komitmen dan kesetiaan daripada kedua-dua belah pihak.
Tak kurang juga ada pesanan orang tua dulu-dulu iaitu ikat perut suami dengan air tangan isteri. Maksudnya, kalau para isteri nak pikat suami, mestilah masak makanan kegemaran mereka. Nak bagi confirm sedap, masukkan ‘rahsia pengasih’ ini.
Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki mengenai isterinya di Facebook ternyata membuka mata dan mampu mengubah persepsi masyarakat mengenai kemahiran yang sinonim dengan kaum wanita ini.
Pesanan buat ibu mertua
Dalam hantaran dibuat Coach Bahar yang tular itu, dia menitipkan pesanan kepada golongan ibu mentua supaya tidak hampa jika mengetahui menantu perempuan tidak pandai memasak pada awal perkahwinannya.
“Saya ada satu cerita. Masa saya jadi pensyarah dulu, ada pelajar perempuan yang datang mengeluh dekat saya. Dia risau yang dia nak kahwin tapi tak tahu masak. Saya ketawakan.
Ahli keluarga Coach Bahar.
“Ni saya nak beritahu pada bakal mak mentua semua. Apalah nak risaukan sangat kalau menantu anda tak pandai memasak. Jangan dipeningkan sangat.
“Periuk dekat platform beli belah televisyen kan ada. Ajarkanlah saja sebab mereka masih muda,” ujarnya memberi pendapat dan cadangan.
Dapat isteri tak pandai masak
Mengimbas kembali kenangan ketika baru mendirikan rumah tangga, Coach Bahar berkata isterinya juga tidak begitu mahir memasak.
Di awal perkahwinan, dia menyangkakan isterinya hanya bergurau tentang perkara ini.
“Isteri saya baru berumur 22 tahun masa kami bernikah. Dia kata dengan saya yang dia tak pandai masak.
“Saya tak kisah pun, boleh beli lauk dekat kedai setiap hari. Kata saya padanya. Saya ingat dia bergurau.
Saya tak kisah pun, boleh beli lauk dekat kedai setiap hari.
“Rupanya betul-betul… bila kahwin dia tak pandai masak. Dia masak je apa yang dia tahu,” kata Coach Bahar lagi.
Bagaimanapun, Coach Bahar tidak melatah atau kecewa dengan isterinya selepas sedar wanita itu tidak bergurau apabila menyatakan dia tidak tahu memasak.
Kagum dengan perkembangan isterinya
Bercerita lanjut, katanya, dia lama kelamaan kagum dengan perkembangan isterinya yang kini sudah menjadi tukang masak dan mengusahakan bisnes katering.
Malah, wanita tersebut sudah mampu menyediakan hidangan untuk lebih 1,000 orang sekiranya ada tempahan majlis atau kenduri.
Isterinya juga setiap hari memasak untuk sembilan anaknya.
Coach Bahar berkongsi pengalaman mendapat isteri tidak pandai masak.
Justeru, dia menasihati ibu bapa yang bakal menerima menantu supaya tidak bimbang apabila mengetahui mereka tidak pandai memasak.
“Semuanya boleh berubah mak cik, jangan dirisau sangat bila menantu tak pandai masak. Jangan dirisau sangat bila menantu tak ada ijazah.
Hantaran dikongsikan ini meraih perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
“Zaman sekarang lagi senang. Terlalu banyak kandungan memasak yang mudah untuk kita ikut. Tak ada masalah pun tak pandai memasak,” komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply