Datuk Zayn Rayyan Lantik Peguam Baharu, Tidak Dibenar Buka Mulut

Sebelum ini peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan yang ditahan reman memaklumkan dirinya tidak lagi mewakili pasangan terbabit. Terkini, datuk kepada Zayn memaklumkan sudah melantik peguam baharu bagi mewakili anak dan menantunya.

Menurut laporan Harian Metro, Zahari enggan untuk mengulas perkara tersebut dengan lebih lanjut kerana tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan atas nasihat peguam.

Difahamkan, tindakan itu diambil susulan peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co tarik diri mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Lantik peguam baharu

Lantik peguam baharu

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya yang mengesahkan sudah melantik peguam baru.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu dan direman selama tujuh hari berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu siasatan polis.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 28 tahun itu telah ditahan sekitar jam 10.05 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Lantik peguam baharu

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu telah dibunuh selepas mendapati terdapat  kesan kecederaan pada leher dan badannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM,Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*