“Mengadu Dada Rasa Ketat..”- Jantung Azlee Senario Tersumbat 99 Peratus

Pelawak dan pelakon, Azlee Senario dirawat di Institusi Jantung Negara (IJN) di sini dipercayai akibat komplikasi jantung.

Terdahulu Azlee Jaafar, 56, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Buloh, malam tadi.

Namun, tidak lama selepas dirujuk di HSB, Azlee dihantar ke IJN untuk rawatan lanjut.

Sahabatnya, Saiful Apek berkata, difahamkan Azlee berpeluh-peluh sebelum pengsan, lalu, keluarga segera bertindak menghubungi ambulans.

Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantaun selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri pelakon dan pelawak, Azlee iaitu Aslinda Ayob.

Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus

Aslinda Ayob berkata, doktor mengesahlan saluran jantung suaminya tersumbat sebanyak 99 peratus dan perlu terus menjalani prosedur pemasangan stent dengan segera.

Bagaimanapun, Azlee Senario atau nama penuhnya Muhammad Azlee Jaafar,56, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Alhamdulillah keadaannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Mengadu rasa berpeluh, dada rasa ketat

Berkongsi lanjut, Aslinda memberitahu suaminya mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas selesai kerja pada petang semalam.

“Dia balik mesyuarat pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan mengadu dadanya sakit rasa ketat.

“Setahu saya, dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain masalah gout,”kongsinya.

Katanya lagi, Azlee tidak pernah lagi kena serangan jantung dan berkemungkinan mereka tidak perasaan akan simptom berkenaan.

“Kadang-kadang tangannya kebas tetapi saya ingat itu simptom kencing manis,”ujarnya.

Bercerita lanjut, Aslinda memberitahu dia terus membawa suaminya ke klinik berhampiran sebelum doktor memintanya membawa Azlee ke hospital selepas mendapati keadaannya kritikal.

“Selepas pergi ke klinik, kami sempat balik ke rumah tetapi dia memang tidak dapat menahan sakit.

Saya telefon ambulans dan terus dia dibawa ke zon merah Hospital Sungai Buluh tetapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa ke IJN kerana keadaannya yang membimbangkan,”kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan ahli kumpulan Senario, Azlee dikejarkan ke IJN semalam dan disahkan mempunyai masalah saluran darah pada jantungnya.

Sumber: TikTok mstarmalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*