Malang tidak berbau apabila seorang penunggang motosikal maut selepas tertimbus di bawah timbunan tar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tualang, di sini, malam ini.
Difahamkan, mangsa kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.
Menerusi beberapa video dan foto tular di media sosial, kelihatan sebuah lori membawa muatan tar terbalik dan menyebabkan tar berkenaan berselerakan di atas jalan.
Apa yang meruntunkan hati, seorang penunggang motosikal dipercayai tertimbus di bawah timbunan tar yang berselerakan tersebut.

Difahamkan, mangsa berusia 40-an bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.
“Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat ditamatkan jam 8.55 malam.
Sumber: FB Nurul Natasha, Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Leave a Reply