“Belum Makan Pasir Lagi” – Wanita Tak Malu Dapat Suami ‘Kerja Badut’

Peningkatan kos sara hidup pada hari ini menjadikan setiap orang lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Oleh itu, kebiasaannya pekerjaan adalah benda utama yang akan dititik beratkan sebelum membuat pilihan. Namun begitu tidak dinafikan masih ada lagi segilintir individu yang tidak kisah dengan latar belakang pasangan mereka dan menerima pilihan hati seadanya. Seperti yang dilakukan orang seorang wanita ini apabila dia menerima suaminya yang bekerja sebagai badut.

 “Saya tak malu, malah bangga suami seorang badut sebab itu saya sendiri tawar diri untuk promosikan dia.”

Demikian kata Norsalina Abdul Aziz, isteri Muhammad Ar-Rabi Ab Ghani yang terlibat dalam perkhidmatan badut secara sepenuh masa.

Norsalina, 35, mengakui dia sendiri yang mencadangkan suaminya supaya memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya sebagai badut sejak tahun 2017.

“Masa tahun 2010, sejak dari sebelum kahwin suami membuat kerja sambilan sebagai badut, tetapi dia bekerja di bawah orang.

“Semasa itu suami ada kerja tetap sebagai ‘dispatch’ (penghantar barang) dan bila ada waktu cuti dia akan menjadi badut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Selepas kahwin, saya lihat bakat suami boleh diketengahkan dan dia juga pandai menghiburkan orang lain terutama kanak-kanak. Dari situ saya ambil tugas buat promosi untuk iklankan perkhidmatan suami dan jalankan bisnes sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Alhamdulillah, belum lagi makan pasir suami buat kerja ni

Selepas 7 bulan mengikat tali pertunangan, mereka sepakat untuk berkongsi duit simpanan buat majlis perkahwinan. Maka di sinilah bermula kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian sama, Salina mendedahkan banyak dugaan yang mereka tempuhi termasuklah orang sekeliling yang mempertikaikan pilihan hatinya yang bekerja sebagai badut itu.

Namun tetap sahaja dipekakkan telinga dan menjalani kehidupan seperti biasa. Malah Salina juga memaklumkan bahawa dia tidak kisah untuk  mengikuti kemana sahaja suaminya mendapat jemputan sebagai Badut.

Menurut Noraslina, setiap tahun dia akan menjahit satu pakaian baharu untuk menambah kostum badut suaminya sambil menyusun jadual kerja lelaki itu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain menyediakan perkhidmatan badut, dia dan suami turut menjalankan beberapa perniagaan lain antaranya ‘face painting’ dan ‘sand art’.

Bercerita lanjut, Norsalina memberitahu hasil perkhidmatan badut suaminya ini mampu meraih pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan, bagaimanapun ia bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Kami ambil tempahan seperti majlis hari jadi, kenduri akikah, fun run dan beberapa bentuk majlis santai yang lain.

“Kami tak jalankan secara terbuka di kawasan rekreasi seperti mana yang dilakukan tukang badut yang lain,” ujarnya.

Jelas Norsalina, kini permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan badut bagi memeriahkan majlis bersama kanak-kanak semakin bertambah dan membuka rezeki luas buat keluarga kecil mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*