Petaling Jaya: Kenderaan membawa ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dilihat keluar dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini pada 12.20 tengah hari.
Van putih itu keluar selepas kira-kira 2 jam berada di lokasi kejadian.
Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tiba pada 10.15 pagi menuju ke kediamannya di Blok R.
Pada 11.06 pagi, wanita berkenaan dibawa turun dari kediamannya menuju ke kawasan semak.
Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.
Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan.
Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei lalu.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Mayat Zayyan Rayyan ditemukan 6 Disember lalu ketika pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat pada jam 8.30 malam sebelum mayatnya ditemui lebih sejam kemudian.
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply