Siti Jamumall Nikah Di Thailand

Selepas membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung 31 Mei lalu, pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall, 25, dilaporkan sudah berkahwin dengan lelaki lain di Satun, Thailand, awal bulan ini.

Menguatkan dakwaan itu apabila Siti, 25, atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya.

@sitijamumall

alhamdulillah♥️

♬ original sound – Qila

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*