Pasangan Kontroversi Sah Cerai Talak Satu. Bella Ada Sebab Tak Tuntut Mutaah Dan Harta Sepencarian.

Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, hari ini.

Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari

Peguam syarie yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan perkara itu sebagai antara penyelesaian penceraian dan sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Aliff juga bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

 

bELLA

Bella tidak menuntut mutaah dan harta sepencarian terhadap Aliff.

Lafaz itu dibuat mengikut hukum syarak dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat.

Mahu fokus kepada kehidupan baharu selepas sah bercerai dengan Aliff.

“Saya tak nak panjangkan apa-apa. Saya tak mahu apa-apa daripada Aliff. Sekarang adalah masa untuk move on.

“Banyak lagi perkara yang saya mahu buat. Syukur anak-anak di bawah jagaan saya. Itu adalah harta paling bermakna.

“Mendapat hak jagaan anak adalah keutamaan nombor satu. Saya bersyukur atas perkara itu,” katanya.

Tambah Bella juga dia tidak keberatan untuk bertemu dengan Aliff di masa akan datang namun tidak memikirkan hal tersebut dalam masa terdekat.

Aliff menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada Bella.

Aliff menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada Bella.

Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan cerai pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

 

Sumber: MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*