“Saya Sedih Sebab Dibuang…”- Pemuda OKU Rindu Keluarga, Hampir 7 Tahun Tak Jumpa Adik

ANAK-ANAK istimewa merupakan anak yang diamanahkan Allah kepada kita untuk dijaga dan disantuni. Ini kerana mereka termasuk dalam kalangan orang yang kurang upaya (OKU).

Namun, ada sesetengah ibu bapa yang tidak boleh menerima kehadiran anak ini.

Video dimuat naik oleh sebuah stesen radio nombor 1 paling legit, Era FM telah menyentuh hati ramai terutama selepas penyampai radio, Muna Bella membaca diari yang ditulis oleh salah seorang penghuni dikenali Syafiq.

Lelaki OKU rindu keluarga

Menerusi hantaran tersebut, Syafiq yang pada mulanya dalam nada bersahaja sebelum mula sebak apabila mengetahui lelaki itu telah dibuang keluarga atas kekurangan diri.

Difahamkan, Syafiq telah menghuni pusat jagaan tersebut sejak tahun 2018 dan sehingga kini.

“Saya sedih sebab saya dibuang. Saya merindui adik-adik saya yang sudah besar.

“Saya hanya inginkan kasih sayang seorang yang tak pernah berubah. Hanya itu yang saya mahukan,”tulis Syafiq dalam diari tersebut.

Setiap hari menangis rindukan keluarga

Pemuda berusia 27 tahun itu turut mencoretkan luahan dirinya menangis rindukan keluarga selama hampir tujuh tahun menjadi penghuni rumah jagaan tersebut.

“Tiada siapa pun mahu peluk saya. Saya sangat sedih sebab semua orang benci, buli saya. suka ejek saya cacat.

“Saya selalu sendiri sebab saya tahu semua orang jahat dengan saya. Saya selalu diam je walaupun orang lain suka buli saya,”coretnya lagi.

Dalam pada itu, Syafiq juga memberitahu dia sudah penat dengan dunianya sekarang.

Kenapa buang Syafiq? Dia tak minta dilahirkan dengan kekurangan…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka turut sebak dan sedih disaat membaca coretan diari Syafiq yang dibacakan oleh Muna Bella.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :OMM, Instagram era.je

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*