Memuja makam ‘wali-wali’ untuk mengambil barokah dan melakukan amalan yang khurafat serta syirik adalah jelas sesat dan terpesong daripada ajaran Islam.
Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat di TikTok, jelas kelihatan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.

Individu itu merupakan cucu kepada arwah dan menjumpai objek seperti paku yang dibungkus kertas di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 Muar, Johor itu didakwa telah menemukan bungkusan kertas yang dibaluti dengan benang berwarna hitam.
Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Terjumpa di kubur atok pagi raya ni. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik.”
Saya tidak tahu apa maksud orang yang melakukan perbuatan itu. Jika dilihat pada kepok tersebut memang tertulis nama Allahyarham.
“Saya minta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis.
“Pihak polis juga perlu mengambil tindakan bagi menjadi ketenteraman semua orang,” katanya.
Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.

Untuk info, Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin merupakan salah seorang daripada 40 tokoh ulama Johor yang pernah menerima pengiktirafan Pingat Sultan Ibrahim pada tahun 1955 sebelum beliau meninggal dunia ketika usia 73 tahun pada 1975.
Perbuatan tersebut selain jelas sesat, juga boleh membawa imej yang tidak baik pada agama Islam dan akan dipandang serong oleh orang lain yang bukan Islam.
Justeru itu, mengapa kita perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang menyesatkan dan diragui kebenarannya sedangkan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah secara nyatanya sudah lengkap dan memberi panduan yang benar.

Leave a Reply