Nora Danish, Nedim Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga pelakon Nora Danish dengan pasangan Nedim Nazri akhirnya menemui noktah apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik.

Menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam.

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, memberitahu perpisahan itu merupakan keputusan yang telah sepakat dan mengharapkan agar khalayak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

“Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku”

Nukilan yang ditulis bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri di Instagramnya pastinya menyentuh hati ramai memandangkan ia dikongsi beberapa jam selepas sah bercerai dengan bekas isteri.

Tidak ada yang berubah kecuali…

Menerusi posting tersebut, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri mengatakan tiada yang berubah dalam kehidupannya kecuali seseorang yang bukan lagi miliknya.

“Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam.

“Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku,” tulisnya.

Nedim Nazri terima kata2 semangat

Dalam posting tersebut, Nedim telah mendapat pelbagai komen daripada warganet dan juga kenalannya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Mereka juga mendoakan agar urusan Nedim dipermudah dan percaya bahawa susunan Allah S.W.T dalam kehidupan seseorang cukup hebat.

Nedim Nazri & Nora yang berpisah, tapi orang lain juga turut sedih

Nampak Nedim sangat hargai bekas isteri

 

Sumber: OMM, Instagram boss_ned

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*