Akhirnya Terima Ketentuan Ilahi, Bapa Sudah Maafkan Pembunuh Along Spoon

“Saya sudah maafkan dia sejak dulu lagi dengan apa yang terjadi. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT.

Begitulah kata ayah kepada kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon sudah memaafkan bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an itu 25 tahun lalu.

Tengku Syafie Tengku Yusof atau mesra disapa Pak Engku berkata, dia sudah lama memaafkan pembunuh anaknya yang selesai menjalani hukuman penjara pada 16 November tahun lalu.

“Dari dulu lagi saya sudah maafkan si pelaku. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah.

“Mungkin di peringkat awal saya susah nak terima, itu mungkin satu kesilapan yang saya buat.

Pak Engku berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Pak Engku memberitahu dia tidak berhasrat bertemu dengan Ya’cob kerana merasakan tiada keperluan dia berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, dia terima dengan hati terbuka sekiranya lelaki itu datang untuk meminta maaf kepadanya.

“Rasanya tiada keperluan untuk saya berjumpa dengan si pelaku. Hati saya sudah terluka, tapi tak mengapalah, buat sahaja hal masing-masing.

“Tapi kalau si pelaku itu datang nak minta maaf, saya terima tak ada masalah. Tapi untuk saya pergi berjumpanya rasanya tidak perlu,” ujarnya.

Walaupun Along atau Sabi’ul Malik Shafie sudah tiada, Pak Engku tidak pernah lupa untuk sentiasa menitipkan doa buat anak sulungnya itu.

Along seorang anak lelaki yang baik dan sangat menghormati kedua ibu bapanya.

Ya'acob dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun.

Ya’acob dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun.

“Daripada tahun 2000 sehingalah ke hari ini, tak pernah satu hari saya tertinggal untuk mendoakannya.

“Arwah merupakan seorang anak yang sangat manja. Orangnya lemah-lembut, dia memang rapat dengan ibunya.

“Kalau dia nampak ibunya terguris hati, waktu itu juga dia bersujud di kaki ibu,” katanya.

Sekadar info, bekas anggota polis, Mohd. Ya’cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Along Spoon dibebaskan dari Penjara Kajang 16 November 2023 selepas selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ya’cob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya sebelum itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*