
Anak sulung kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais, 5, disahkan menghidap autisme tahap satu.
Pendedahan itu dibuat penyanyi Memori Tercipta itu menerusi rakaman video dimuat naik dalam Instagram.
Shila berkata, dia mengesyaki anaknya mempunyai masalah dan tekaannya tepat selepas melakukan pemeriksaan di hospital.
Baru disahkan hidap autisme
Dalam video yang dikongsi oleh pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, 34, dia memaklumkan yang anaknya, Seth Uwais, 4 telah di diagnosis menghidap autisme tahap satu dan meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merancang proses seterusnya bagi mendidik serta memastikan kanak-kanak terbabit mendapat terapi sebaiknya.
Shila Amzah dan suami tetap positif
Dapat dilihat reaksi Shila dan Ubai sangat positif apabila tetap tersenyum dan bersorak bersama Seth di dalam kereta setelah pemakluman tersebut.
Ramai doakan urusan Shila Amzah dan suami dipermudah
Perkongsian yang dibuat penyanyi lagu Patah Seribu itu telah mendapat pelbagai komen daripada warganet dan juga kenalan mereka.
Rata-rata memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan Seth serta Shila dan Ubai dipermudah dalam memulakan perjalanan baharu berkenaan.
Nampak Seth budak baik dan bijak
Suka tengok energy positive Shila dan Ubai
Sekadar info, Seth Uwais merupakan anak kepada Shila Amzah bersama bekas suaminya, Haris Idraki. Mereka telah sah bercerai pada 8 Februari 2022 selepas tiga tahun berkahwin.
Pada 5 Ogos 2023, penyanyi berkenaan telah kembali bergelar isteri kepada pempengaruh terkenal, Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Zulkefli dan sudahpun menimang cahaya mata pertama, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sumber: Instagram shilaamzah
Leave a Reply