Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Childfree, Nikah Tak Nak Anak Umpama Kufur Rezeki Allah

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ulas isu childfree atau trend perkahwinan tanpa mempunyai anak yang menjadi ikutan sebahagian pasangan suami isteri ketika ini.

Beliau tampil mengulas mengenai isu berkenaan dalam satu sesi kuliahnya di sebuah masjid baru-baru ini.

Ustaz Azhar Idrus ulas isu childfree

Jelasnya, trend tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama islam da ia sering diamalkan oleh pasangan bukan beragama Islam.

Azhar berkata,  Nabi Muhammad S.A.W. juga menuntut supaya mempunyai ramai anak agar umatnya pada hari Kiamat nanti paling ramai.

“Nikah tapi tak nak anak, ini bukan seruan Islam, tapi seruan orang di luar agama Islam. Orang beriman akan ikut Nabi (Muhammad).

“Nabi juga bersabda bahawa ‘kahwinlah kamu dengan wanita supaya ramai anak kerana aku bangga menjadi Nabi yang ramai umat pada hari Kiamat,”jelasnya.

Anak juga akan mendoakan kita..

Jelasnya lagi, anak yang dilahirkan itu juga akan menjadi penyambung nasab keturunan pasangan tersebut.

Malah katanya, mereka itu juga akan mendoakan untuk pasangan berkenaan apabila meninggal kelak.

“Jadi seruan Nabi ini adalah beranak, kerana Nabi nak jadi Nabi yang paling ramai umat lebih daripada umat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

“Tak beranak tiada masalah, akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada Allah yang memberi rezeki.

“Jadi kita orang yang beriman ini pilihkan jalan orang yang beriman, orang kafir pilih jalan orang kafir.

“Kita kena tegas hal ini kerana Nabi pernah bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali umatnya yang tidak mahu mendengar ajarannya,”katanya.

Terdahulu, tular satu kenyataan daripada seorang individu yang mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan childfree. Malah, dia juga menganggap memiliki anak ini memerlukan duit yang banyak.

Video penuh:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*