Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai sedang berada di bawah pengaruh alkohol tunjuk ves polis miliknya.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @tommy.tan2 telah memuat naik satu video pada 26 Jun lalu yang memaparkan pergaduhan antara lelaki tersebut dan pekerja kontraktor.
Pegawai kanan tunjuk ves polis

Pada video itu, lelaki tersebut yang sedang memandu kereta mewah Volkswagen Scirocco juga hanya memakai seluar tanpa sebarang baju.
“Lelaki mabuk gaduh dengan pekerja jalanan di Ayer Hitam keluarkan baju polis dan tunjukkan kepada mereka,” tulisnya di video tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata menerusi satu kenyataan, pihaknya mengesahkan lelaki yang dipercayai mabuk itu merupakan pegawai kanan polis.

Menurut beliau, pegawai kanan polis yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol itu juga sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan.
Sumber: TikTok @tommy.tan2, Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang

Leave a Reply